RSS

Wednesday, September 22, 2010

Brainscan :Aku dan Topi Ajaib (alangkah bagusnya)


Malam semalam takde cerita nak layan, layan lah cerita Brainscan: Aku dan Topi Ajaib. Cerita perihal kana-kanak tue, yang siap ada dunia fantasi. Mesti korang dah tengok. Bila tengok cerita tu yang penuh khayalan aku pun mulalah berangan macam-macam.

Sinopsis Brainscan :Aku dan Topi Ajaib

Kisah bermula apabila Dr.Suzana (Sharifah Shaheera) di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron (M. Rajoli) berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat (Cat Farish) dan orang kanannya Kupan (Bob Kuman) telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim (Zul Yahya), pengawal keselamatan makmal tersebut. Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati oleh pemakainya.

Bila tengok cerita ini aku mula fikir jauh. Macam mana ye kalau memang ada topi yang boleh baca fikiran manusia. Lagi-lagi kalau topi yang kita pakai tue boleh baca fikiran orang lain. Wah.. senang hidup macam ni. Orang jahat senang je nak tangkap. Nak ngorat orang pun senang.

Kalau topi dalam cerita ni apa yang terlintas dalam fikiran semuanya akan jadi kenyataan. Kalau macam ni, tak payah susah-susah nak kerja. Duduk je rumah fikir nak apa semua dapat. Seronoknya..

Ok..Stop berkhayal. Manusia memang suka tanam pokok kalau..Nak macam-macam kena lah usaha.. Mana datang bergolek camtu je kan.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.