RSS

Friday, September 3, 2010

Berita Baik :: Diskaun tol Aidilfitri


Berita baik kepada semua yang ingin pulang ke kampung sempena raya yang akan tiba nanti. Diskaun tol Aidilfitri akan diberikan tapi hanya pada waktu dan tarikh tertentu. Ini mungkin untuk mengurangkan kesesakan dan kemalangan di musim perayaan. Selain itu ini merupakan penghargaan bagi semua pengguna tol. Bguslah camni, kurang sikit beban nak balik kampung. Tak sabar rasanya mahu pulang..huhu

Berikut adalah senarai syarikat konsesi yang bakal menawarkan pengecualian dan diskaun kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri

1. LEBUHRAYA UTARA SELATAN (PLUS)
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10%) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 dan 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA
Kelas 1 – 13.60 sen/km

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Kelas 1 – 11.02 sen/km

2. LEBUHRAYA UTARA SELATAN HUBUNGAN TENGAH (ELITE)
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam hingga 7:00 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010

KADAR TOL SEDIA ADA
Kelas 1 –14.96 sen/km

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Kelas 1 –12.11 sen/km

3. LEBUHRAYA SEREMBAN-PORT DICKSON(SPDH)

BENTUK PROGRAM CSR
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi. Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA
Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 3.20 Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.80

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 2.60(Diskaun RM0.60) Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.60 (Diskaun RM0.20)

4. LEBUHRAYA KULIM-BUTTERWORTH (KLBK)
Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010

KADAR TOL SEDIA ADA
Plaza Tol Kubang Semang/LunasKelas 1 – RM 1.60

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Plaza Tol Kubang Semang/Lunas Kelas 1 – RM 1.60 (20% rebat ke atas bayaran tol akan dimasukkan di dalam kad PlusmileJumlah RebatK. Semang = RM0.30 Lunas = RM0.30)

5. LEBUHRAYA LALUAN KEDUA MALAYSIAN-SINGAPURA (LINKEDUA)
Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya (kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang) di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa.

TARIKH PELAKSANAAN
6,7,8 September 2010 & 13,14,15 September 2010.

KADAR TOL SEDIA ADA
Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.90 Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 2.30

KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.20 (Diskaun RM0.70) Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 1.90 (Diskaun RM0.40)

Kredit info : Darkbatman
&
Kementerian Kerja Raya Malaysia



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.