RSS

Monday, September 27, 2010

Bergambar bersama CEO POS



Sebenarnya ni sambungan entry untuk Sambutan Aidlfitri yang lalu. Banyak sangat yang ni diceritakan.. hehe.. Siap ada sambungan. Macam orang nak tahu kan..Takpelah aku nak juga cerita.

Sebenarnya excited nak cerita ni sebab aku bergambar dengan pengerusi dan CEO Pos masa sambutan raya tu. Tapi yang tak syoknya mula-mula masa bergambar dengan bos department aku, kamera buat hal plak. Bateri low.Sengal tul time penting camtu nak wat hal. Frust betul. Nasib baik member ofis pakai handfone canggih. Dapat gak pose guna handfone diorang.


Ini lah CEO Pos, Dato’ Syed Faisal Albar bin Syed A.R. Albar . Hensome kan.

Lepas bergambar dengan CEO ni, nampak pula kelibat Pengerusi Pos. Semua masa tu dah tak tentu arah nak bergambar pula dengan Tan Sri. Yelah bila lagi kan dapat gambar bersama. Inilah masanya. Siap dah amik tempat awal-awal untuk bergambar nanti. Yang sedihnya, bila Tan Sri sampai je kat meja kami, yang plan semua tak jadi. Hampeh tul, sebabnya muka aku tak masuk lah masa gambar dengan Tan Sri. Frust sekali lagi. Nak tahu kenapa, sebab aku dah kena kepung dengan mereka-mereka yang bertubuh besar dari aku. Jingkit kaki pun tak nampak. Tak pelah, at least dapat gak jumpa face to face dengan Tan Sri pun okla.


Inilah Pengerusi POS, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Che Mat.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

-sollehahn- said...

fuiyoh..mcm muda lagi jerk...siap da ad title dato' tuh....tabik spring ah..

Affuan said...

kalo dato', konpem umur belum sampai 40 kan?

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.