RSS

Saturday, September 25, 2010

Bayi mati tercekik. Pengasuh perlu lebih perihatin


Farisha yang meninggal kerana tersedak susu

Tak sampai seminggu ada 2 kes kanak-kanak meninggal di pusat asuhan. Macam berjangkit pula. Isnin lalu, seorang bayi perempuan berusia tiga bulan Nur Azwa Safrina Khairul Anuar didapati mati ketika dalam buaian di sebuah Taska di Paroi, Seremban.Terkini Farisha Nur Hazreen Mohd. Fairuz juga yang berusia tiga bulan meninggal dunia akibat tercekik susu semasa berada di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di sini Selasa lalu.

Bayi tersebut,dikatakan diberi susu oleh seorang pengasuh dan kemudian dibiarkan bersendirian sementara pengasuhnya memasak di dapur.

Bila dengar cerita camni, rasa cam seram pun ada. Seram bukan sebab baby tu akan jadi hantu. Yela, sebagai pengasuh kita mesti jaga anak-anak orang dengan baik. Anak orang katakan, bukan anak kita. Kalau anak kita jaga dengan sepenuh perhatian, bila jaga anak orang tumpuan perlu 2 kali ganda.

Kini dua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), satu di Putrajaya dan satu lagi di Seremban yang menyebabkan berlaku kematian bayi semasa penjagaan mereka, diarah menghentikan operasi selama tiga hari.Didapati kedua-dua Taska ini tidak berdaftar dengan JKM dan dengan itu JKM mempunyai kuasa untuk mendakwa kedua-dua Taska tersebut



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.