RSS

Wednesday, September 29, 2010

Azmil Mustafa @ 'Ali Setan' dikejarkan ke hospital


Kalau sebut Ali Setan mesti ramai akan teringat dengan cerita tersebut terutama watak utamanya Ali yang dilakonkan oleh Azmil Mustafa. Kini Azmil bukan lagi seorang pelakon tetapi merupakan pendakwah bebas. Memang lain dari wataknya yang dahulu.

Azmil Datuk Mustapha dikejarkan ke Hospital Al-Andalus, Damsyik, Syria awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas.



Azmil, 58, yang terkenal dengan lakonannya melalui filem Ali Setan, kini dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan dijangka menjalani pembedahan pintasan koronari pada pukul 2 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia).


Sama-sama kita doakan supaya Azmil selamat dan akan sembuh seperti biasa.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.