RSS

Sunday, September 19, 2010

Air Mata Salina , Cerekarama TV3


Cerita yang penuh emosi, cinta dan airmata. Arahan hebat Erma Fatima memang sungguh menyayat hati. Kisah suami isteri yang menghadapi liku-liku kehidupan di dalam rumah tangga. Jalan cerita yang menarik, rasanya memang banyak berlaku sekarang. Aku suka dengan cerita ini.



Sinopsis Air Mata Salina

Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand.

Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.

Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Fakar terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Fakar masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya.

Tabiat judi yang sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Fakar tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Salina bertukar kerja dan kembali menjadi penyanyi di kelab dangdut sementara Fakar diupah oleh Shamsul untuk menjalankan tugas-tugas rumit.

Keadaan menjadi lebih perit buat Salina dan anaknya apabila mengetahui yang Fakar sebenarnya terbabit di dalam kegiatan menyeludup dadah dan kini mendesak Salina pula untuk membantu menyelesaikan tugasnya kerana takut diburu polis.

Kecewa dan marah dengan sikap Fakar, Salina hilang pertimbangan dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka kehilangan nyawa.

Pelakon: Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra, Rosnah Johari dan Anne Abdullah




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.