RSS

Friday, August 20, 2010

[Semanis Madu]- Syaitan Manusia



Pelikkan time puasa ni, ada aja perkara-perkara tak senonoh dilakukan di luar sana. Ingatkan bulan Ramadhan ni boleh menjauhkan diri dari amalan terkutuk tapi sama sahaja bagi diorang. Hari-hari ada sahaja yang kena tangkap khalwat, buang bayi, ada juga yang kantoi makan disiang hari. Padahal kalau nak difikirkan time puasa ni syaitan semua telah pun diikat.

Untuk makluman, syaitan ni ada 2 kategori. Satu syaitan jin dan satu lagi syaitan manusia. Syaitan jin ni yang telah diikat di bulan Ramadhan. Syaitan manusia adalah datang dari nafsu manusia sendiri.

Jika manusia tak boleh menahan nafsunya maka macam-macam boleh berlaku. Ingat kita puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tapi menahan diri dari melakukan maksiat mata, telinga dan juga mulut.

Cara hindari maksiat mata adalah menjauhkan diri kita dari melihat perkara yang tidak senonoh seperti video lucah. Maksiat telinga pula menjauhkan diri dari mendengar perkara tidak elok.Manakala maksiat mulut pula menjauhkan diri dari mengumpat, berbohong dan sebagainya.

Jadi, mari kita sama-sama kawal nafsu kita supaya syaitan manusia ini tidak boleh mengawal kita. Renung-renungkan dan selamat beramal. Anda buat anda dapat :-)


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

J.M.R said...

TU BKN SETAN DAH..SBB NAFSU..N.A.F.S.U.....

- zuriey - said...

2la..nafsu mengalahkan setan..huhu

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.