RSS

Friday, August 13, 2010

[Semanis Madu]- Seronok puasa ke puasa seronok

Yang mana satu korang pilih, seronok puasa ke puasa seronok. Nampak macam sama je dua-dua ni. Tapi jangan keliru ye, silap pilih buruk padahnya..hehe.. Sebenarnya banyak perbezaan antara seronok puasa dan puasa seronok.

Seronok puasa: Orang yang seronok puasa memang tak sabar menunggu kedatangan Ramadhan.Kenapa ye? Sebab mereka tak sabar nak pergi bertarawih dan melakukan amal ibadat di bulan puasa. Mereka tak putus2 melakukan kebaikan, bersedekah, bertadarus Al-Quran dan sebagainya. Mereka juga suka pergi ke bazar Ramadhan tapi hanya membeli makanan yang sepatutnya (tak boros dan membazir). Selain itu mereka yang berada di dalam kategori ini sedih nak meninggalkan bulan Ramadhan.

Puasa seronok: Orang yang puasa seronok ini sebenarnya tak sabar menunggu kedatangan Ramadhan tapi bukan untuk beribadat. Mereka sibuk buat persiapan berbuka dan bersahur. Awal Ramadhan lagi dah sibuk buat persiapan raya. Ada juga yang suka berniaga pada bulan Ramadhan untuk cari duit lebih nak raya nanti. Mereka ini juga suka membazir bila membeli juadah berbuka. Beli ikut nafsu. Akhir sekali mereka tidak sabar-sabar nak menyambut raya tanpa menghiraukan berlalunya Ramadhan.


Orang yang puasa seronok belum pape lagi dah fikir pasal raya.

Nampak tak beza antara seronok puasa dan puasa seronok? Jadi korang tergolong dalam kategori mana? Sendiri jawaplah. Aku?? Aku rasa aku dua-dua kategori ada tapi cam lebih berat ke puasa seronok je. Takpe sama-sama kita perbaiki diri..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

10 comments:

~ ReD ~ said...

aku tak sure plak aku group mana. hehe

~ ReD ~ said...

sayangggg...ada award utk u :D amik kat my blog ye...;)

chenta said...

ni tajuk semanis kurma malam tadi ^_^

- zuriey - said...

~ ReD ~ : award? tq darling
chenta: tahu takpe.. saja nak kongsi dgn sapa yang xtgok semalam

Aku Memang BeGiNi said...

emmmm.tak nk ngaku saya groups mana, tp kalau boleh nk jd groups 1st tu

Hamzah Ian said...

halo.. slaam ramadhan..

Syafrizal said...

bila saya pergi ke bazaar.. ramai yang group nombor 2... macam tu je la.. tapi bila pergi ke masjid group nombor satu tu sedikit sangat.. awal2 je pastu makin lama makin berkurangan

- zuriey - said...

Aku Memang BeGiNi: memang sume nak yang no 1
Hamzah Ian: salam ramadhan
Syafrizal: a;ah..selalunya camtu la

MomTom said...

saya rasa saya mcm grup kedua je. tp saya akan baiki diri saya lg.

- zuriey - said...

MomTom : yer..sama2 kita perbaiki diri

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.