RSS

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53




MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA!

Inilah ungkapan yang akan dilaungkan pada detik jam 12 malam nanti. Malam ini genap 53 tahun Malaysia menyambut hari kemerdekaan. Merdeka dari dijajah pendatang asing.



Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia kerana bebas dari ditindas oleh orang luar. Kini banyak kemajuan yang telah dikecapi oleh Malaysia hasil dari kemerdekaan yang dikecapi. Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada pejuang serta pemimpin negara pada zaman dahulu kerana telah bertungkus lumus dalam memerdekakan negara ini.

Hasilnya anak cucu kita kini dapat hidup aman dan damai. Hidup mereka tidak lagi dikongkong seperti dahulu. Walau apa pun, kita tidak boleh leka kerana walaupun kita tidak dijajah secara terangan, kemungkinan kita akan dijajah dari segi pemikiran dan minda kita. Adat, budaya dan agama jangan sesekali dilupakan.

Akihir sekali, semoga kemerdekaan ini akan berkekalan selama-lamanya. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!



0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.