RSS

Thursday, August 5, 2010

Ramadhan menjelang tiba



Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Pantas betul masa berlalu. Rasa macam baru je sambut raya tahun lepas. Kepada yang belum habis ganti puasa, ada masa lagi ini. Jangan bertangguh lagi.

Bulan Ramadhan merupakan bulan keberkatan. Kita bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga selama 1 bulan tetapi perlu mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang tidak baik. Masa bulan Ramadhan ini lah kita berlumba-lumba nak menambahkan pahala dan amal ibadat.

Kepada semua selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Jangan hanya ingat Syawal sahaja. Kalau tiada Ramadhan tiadalah Syawal. Lagi satu jangan ada yang ponteng puasa ye. Kalau anak-anak kecil tu boleh dimaafkan lagi. Ini tidak bapa budak pun ada yang ponteng puasa.Ish3..Jangan curi2 makan lak, tapi yang dibolehkan mkan waktu puasa tu pandai2lah cover makan tu ye.

"Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


Wallahualam.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.