RSS

Wednesday, August 18, 2010

POS Insurans RAYA

POS Insurans Raya adalah satu skim perlindungan kemalangan diri yang khas dan hanya boleh didapati di semua cawangan Pos Malaysia. Secara umumnya,sebahagian besar rakyat Malaysia akan pulang ke kampung pada musim perayaan. Kemalangan kerap berlaku di musim perayaan dan inilah masanya di mana perlindungan insurans yang lebih tinggi amat diperlukan.

Pos Malaysia, dengan penuh rasa prihatin telah melancarkan skim Pos Insurans Raya pada 16 Ogos 2010, satu-satunya skim perlindungan kemalangan diri yang diperkenalkan khas di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat di Malaysia.

Orang ramai yang akan pulang berhari hari raya di kampung termasuk warga Pos Malaysia digalakkan untuk membeli Pos Insurans Raya kerana dengan bayaran hanya serendah RM6 untuk Individu dan RM20 untuk Keluarga, anda sekeluarga akan dilindungi 24 jam sehari sehingga RM20,000 untuk individu dan RM100,000 untuk keluarga.

Skim Insurans ini boleh didapati di lebih 700 pejabat pos seluruh Malaysia.


Klik gambar untuk lebih jelas..


Sumber : Pos Online

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

Syafrizal said...

senangnya nak apply hehe

hazman aka species1980 said...

tapi promosi pasal insurans tak brapa sangat... rasanya ramai ornag tak tahu....

kisahsensasi said...

kalau diorang buat time raya nie.... memang bagus laaa....

- zuriey - said...

Syafrizal: a;ah nak memudahkan kita
hazman aka species1980: orang tak tahu sebab promosi kurang
kisahsensasi: baguslah gak kan.. murah pun murah

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.