RSS

Tuesday, August 17, 2010

Pengorbanan dan kasihnya seorang isteri

Aku sungguh terharu membaca berita hari ini berkenaan warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur yang sanggup mengeluarkan wang simpanan beliau untuk menjamin suami tercinta Mohd. Nor Musa, 38 yang ditahan kerana kes dadah. Kalau nak ikutkan jarak umur mereka memang ibarat cucu dengan nenek. Tapi ternyata Wook memang sayangkan suaminya sehingga duit simpanan RM2000 untuk beraya nanti digunakan bagi menyambut puasa dan raya bersama suami.



Wook bersama suaminya.

Memang terharu rasanya. Yela ini bukan kali pertama suami Wook buat hal. Walaupun dah berulang kali kesalahan sama dilakukan tapi Wook masih sayang akan suaminya. Tengok tu, begitu kasihnya Wook terhadap suaminya. Susah nak cari isteri mcam Wook ni, memang beruntung suami dia.

Kepada semua kisah Wook ni boleh dijadikan iktibar. Jangan suami @isteri buat silap sikit terus nak bercerai. Masih banyak jalan penyelesaian. Lagi satu kalau boleh jadikan diri seorang yang pemaaf. Memang susah kadang-kadang kita nak terima kesilapan seseorang tapi perlu ingat kita semua sama, manusia tak lari dari melakukan kesilapan.

Sumber: Kosmo Online


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

tim said...

betul zuriey tu..
pantang salah sikit
mesti nak bercerai

bdk bucuk :P said...

Mmg bgs mencontohi Wook. Tp kalau da bnyk kali, cam amik kesempatan atas kebaikan wook je nmpk gayanya tu.

diraja22 said...

kesian nek wook..

Aku Memang BeGiNi said...

emm, kasih sayang biar bertempat, kalau spi bergolok gadai tp masih ulang kesalahan yg sm, macam ambik kesempatan plak kan?

- zuriey - said...

tim: suami isteri kena selalu bertolak ansur
bdk bucuk: 2la..sbar je wook dengan suami dia
diraja22 : suami dia tue kalau buat hal lagi xtau la nak kata pe
Aku Memang BeGiNi: a'ah..betul tu..cam pengorbanan x dihargai

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.