RSS

Tuesday, August 24, 2010

Lagu raya sudah pun berkumandang



Hari ini genap 2 minggu kita berpuasa. Kejap nya msa berlalu. Lagi 2 minggu kita akan menyambut Aidilfitri. Biasalah time dekat-dekat raya ni lagu-lagu raya mesti akan berkumandang di corong-corong radio dan juga di shoping. Ada shoping tue baru 3 hari puasa dah mula pasang lagu raya. Lagi dahsat tue..

Banyak lagu raya sekarang ni,tapi yang selalu diminta ialah lagu raya yang lama-lama. Napa eh time raya baru glamour lagu-lagu dulu. May be lagu raya dulu lagi bernostalgia dan memberi kesan kepada kita.

Aku pun suka layan lagu raya yang dulu-dulu. Lagu raya paling aku suka lagu duet Hail Amir dan Uji Rashid, Seloka Hari Raya. Lagu Siti pun banyak yang aku suka. Majoriti aku suka lagu raya yang riang gembira. Tak naklah sedih2 bila dengar lagu raya. Nanti menitis lak air mata..hehhe

Korang suka dengar lagu apa ye.. Ada yang suka sesebuah lagu tue sebab ada kenangan disebaliknya. Sekarang ni aku lum ada feel lagi nak layan lagu raya. Tunggu minggu depan kot baru mula rasa mood raya tue. Siapa yang belum ada koleksi lagu raya, boleh dah download sekarang :-p


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.