RSS

Wednesday, August 11, 2010

Kepentingan bersahur



Apa menu korang sahur pagi tadi? Sahur ke tak? Sahur tak semestinya perlu makan makanan berat. Minum seteguk air pun dah kira bersahur. Terus terang aku memang liat bangun sahur pagi tadi..hehe Biasalah hari pertama kan.. Dah lama tak bangun awal-awal pagi camtu. Insyaallah lama kelamaan biasa lah.

Walaupun hukum bersahur itu sunat tetapi sahur amat penting. Sahur yang membezakan puasa orang Islam dengan bukan Islam. Bersahur itu adalah kita bangun semula selepas tidur untuk menjamah sesuatu makanan. Kalau makan banyak sebelum tidur bukan dikira sahur tapi itu adalah supper..hehe.. Waktu paling bagus bersahur adalah menghampiri waktu Subuh.

Kepentingan bersahur adalah untuk memberi kita tenaga. Selain itu boleh mengelakkan kemudaratan ketika berpuasa. Yelah, takut pula datang gastrik atau sakit2 lain kan. So, kepada sesiapa yang tak bersahur pagi tadi, lepas ni jangan miss sahur. Kalau rasa ngantuk sangat, minum air seteguk pas2 sambunglah tidur balik.

Kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur. (Hadis riwayat At-Tabrani).


Akhir kata kepada semua..



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

7 comments:

cik helena said...

cikhel baru belaja bersahur dengan nasik :)

MOFASAD said...

tak bangun sahut tadi.. :)

~ ReD ~ said...

sahur makan nasi goreng je...tp mmg kena makan nasi time sahur, baru puas hati n knyang.


Review Filem Salt

Apabila Ramadhan Menjelma

Aku Memang BeGiNi said...

oooooooooo, sahur eh, smlm akak sahur ngan ayam goreneg, telur goreng, sayur goreng, rase tercekik tak de kuah..syukran,,tu da kira naseb baik, sebab akak just makan je, yg gorengnya hsemate akak..hahaha

- zuriey - said...

cik helena : yeker..bagusla..alhamdulillah
MOFASAD: ish3,,takpe besok bagun ye
~ ReD ~: yelah baru ada tenaga even nasi goreng je
Aku Memang BeGiNi: hahah..samalah kita kak..nasib bek housemte jenis xberkira..huhu

Syafrizal said...

kalau takde mood nak makan nasi saya minum Radix Cereal campur dengan Kopi Radix diet
pastu makan kurma..
kalau larat makan la nasi dgn minum Kopi Radix hehe

- zuriey - said...

Syafrizal : mesti ada radix la..yang penting sahur

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.