RSS

Monday, August 9, 2010

Juara Akademi Al-Quran 4,Ahmad Tirmizi Ali



Akademi Al-Quran sudah pun melabuhkan tirainya. Para pemenang pun kita sudah ketahui. Tahniah kepada semua pemenang Akademi Al-Quran musim ke 4 ni. Juaranya Ahmad Tarmizi Ali, tempat kedua disandang oleh adik Muhammad dan tempat ketiga Yahya.

Syabaas kepada semua yang menjayakan program Akademi Al-Quran. Program baik seperti ini memang patut diadakan setiap tahun. Aku sebenarnya amt kagum dengan adik Muhammad peserta termuda dalam Akademi Al-Quran ini.

Baru berumur 15 tahun, tapi itu bukan penghalang buat beliau untuk berjaya. Bukan sekadar seorang tahfiz malah seorang qari yang bagus. Bila tengok temuramah dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O bersama pemenag ni, rasa adik Muhammad tak seperti budak baru tingkatan 3. Jawapan yang diberi memang bernas. Pemikiran dia memang matang mengalahkan orang dewasa. Memang bangga ibu bapa Muhammad dapat anak camtu. Sejuk perut ibu mengandung.


Para peserta Akademi Al-Quran 4

Ramai makcik2 kat luar sana tue nak bermenantukan Muhammad,,he3.. Mana nak dpat sekarang ni menantu camtu kan. Yang macam hantu banyaklah.. Harap kepada semua pemenang teruskan perjuangan. Ilmu yang ada tue boleh kongsi dengan orang ramai.

Hadiah tempat pertama: Wang tunai sebanyak RM30,000, pakej umrah, al-Quran digital dan trofi.
Hadiah tempat kedua: Wang tunai sebanyak RM15,000, al-Quran digital bersama trofi.
Hadiah tempat ketiga: Wang tunai sebanyak RM10,000 bersama al-Quran digital dan trofi


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.