RSS

Monday, August 23, 2010

Jangan lupa bayar zakat fitrah



Ingat semula kepada rukun Islam yang keempat iaitu mengeluarkan zakat. Zakat terbahagi pada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Bersempena bulan Ramadhan ni nak kupas sikit pasal zakat fitrah. Sama-sama kita saling ingat-mengingati.

Korang dah bayar belum zakat fitrah. Hari itu ayah aku dah tolong bayarkan zakat fitrah untuk aku. Baru nak minta tolong kat dia tapi dah bayar rupanya. Alhamdulillah rukun Islam ke empat telah pun ditunaikan.

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

-Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

-Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

-Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

-Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

-WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

-WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

-WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

-WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

-WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sumber : E-Zakat



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Bro Framestone said...

insya'lah bro xkan lupa pasla tggjawab ini

Syafrizal said...

semoga syarikat2 pun jangan lupa menunaikan tanggungjawab

- zuriey - said...

Bro Framestone: insyaallah
Syafrizal: itulah...yang mana kena bayar jangan lupa bayar

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.