RSS

Monday, August 9, 2010

Isu kebenaran berkahwin muda


Sekarang ni tengah hangat isu kahwin muda antara umur 16 dan 18 tahun. Aku memang tak setuju la dengan idea ni. Walaupun niat nya nak mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja. Bagi aku perkahwinan bukan sehari dua. Bukan untuk main-main. Pada umur begini remaja tak cukup matang nak melayari alam perkahwinan itu sendiri.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi (gambar) berkata, cadangan itu tidak dipersetujui kerana pelajar perlu mementingkan pelajaran bagi mengelak keciciran dalam pendidikan. “Sebenarnya kekurangan kemudahan persekolahan menyebabkan ramai yang kahwin muda. Tapi, sekarang tidak perlu kerana cadangan itu akan menyebabkan pelajaran anak terjejas terutama jika hendak bersalin. “Apa yang dibimbangi, selepas mempunyai anak kemungkinan fokus terhadap pelajaran semakin berkurangan berikutan tanggungjawab sebagai ibu bapa sehingga memaksa mereka tidak menduduki peperiksaan penting,” katanya dalam Majlis Perasmian Surau Al-Jamaliah, Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran, di sini semalam.


Tambahan tanggungjawap sebagai suami isteri bukan mudah. Kena bersedia rohani dan jasmani. Cuba bayangkan si suami yang tidak mempunyai pendapatan nak menanggung si isteri. Nak bagi makan apa agknya eh. Even kerajaan nak tanggung, sampai bila diorang nak bergantung harap dengan elaun tue.

Sedangkan orang yang mampu pun boleh bercerai inikan pula remaja ni. Remaja sekarang bukan macam remaja dulu. Semuanya manja dan bergantung harap dengan keluarga. Tak boleh lah nak lepaskan begitu sahaja. Isu berkahwin di usia remaja ni patut tidak ditimbulkan. Rasanya macam tak membantu sgt.

Ini cuma pendapat aku. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari aku sendiri..(cewah macam penceramah bertauliah)



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.