RSS

Monday, August 2, 2010

Imam Muda Ashraf, Juara Imam Muda Musim Pertama


NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya

Rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan Tahniah kepada Juara Imam Muda Musim Pertama iaitu Imam Muda Ashraf. Dapat juga aku saksikan detik-detik kemenangan beliau. Kebetulan aku balik kampung Jumaat lalu, dapatlah tengok. Kat rumah sewa tiada astro.

Aku tak kisah siapa sahaja yang menang pada malam tue. Sebabnya kedua-dua peserta kemuncak memang cukup hebat dan layak menjadi juara. Mungkin hujah Imam Hizbur tidak cukup kuat pada malam itu untuk membolehkan dia menang.

Apa pun aku harap semua Imam Muda tidak akan berhenti mendakwah selepas ni. Teruskan usaha menuntut ilmu dan membimbing yang lain. Tahniah kepada semua peserta Imam Muda yang kesemuanya telah berjaya mendapat biasiswa bagi mereka melanjutkan pelajaran.

Harapnya ada lah lagi program Imam Muda tahun-tahun hadapan. Banyak manfaat program ni, bukan manfaat kepada peserta sahaja tetapi juga kepada penonton. Benda yang baik kenalah teruskan. Aku akan sentiasa sokong program ilmiah macam ni. Syabas kepada Astro OASIS.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

princeduyong said...

golongan pelapis...

KASIH AYAH

- zuriey - said...

princeduyong : betul tue..selalu tgok imam tua2 je kan

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.