RSS

Monday, August 2, 2010

Cuci The Musical 2



Apa yang aku boleh kata tentang Cuci The Musical 2, memang TERBAIK!!! Aku sangat terhibur menyaksikan teater cuci the musical 2 semalam. Best gila lah. First time aku pergi istana budaya tengok teater ini. Sampai sesat aku dibuatnya. Yela dahla takde gps, first time aku main redah pergi sana. Nasib baik kuar rumah awal xdelah lmbat sampai. Dapat bergambar sakan sebelum tue..hehe

Pada mulanya aku jangka teater ni 2 jam jelah macam tengok wayang. Sekali lama tue. Start dari pukul 3, habis lebih kurang 6.30. Berpatutan lah kan dengan harga tiket. Bukan senang nak dapat. Aku tak beli pun tiket, dapat free je. Aku ada dapat 3 tiket free, aku bawa member dan adik aku. Adik aku memang gila nak bergambar dengan Hans Isaac.

Memang mantap persembahan semua pelakon. Walaupun ada mengalami gangguan teknikal ttepi diorang ni cool je. Aku aku abis dah menggelabah. Sedikit scene gangguan teknikal masa Hans Isaac dan Vanidah naik atas gondola. Masa tue gondola tue dah senget sebelah masa nak turun. Kena adjust naik ats balik kasi seimbang. Tapi Hans releks je masa tue, nasib baik boleh turn dengan selamat. Aku yang tengok pun risau gak.

Kalau korang nak tahu lagi pasal teater ni pergi tengok sendiri. Rasanya tak rugi, memang puas hati. Tahniah kepada semua yang menjayakan teater tersebut terutama pelakon mereka seperti Hans Isaac, Awie, Nabil, Afdlin Shauki, Vanidah, Jaclyn Victor dan Harith Iskandar. "When I say 'cu', u say 'ci'".


Nabil memang layak jadi Raja Lawak. Hans memang hensome ooo


Afdlin dan Awie yang comel


Harith yang selamber




Vanidah yang vogue, Jaclyn suara memang power


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

~ ReD ~ said...

brapa hengget tiket?? bila next show? waahhh...lama aku x g tgok teater. tringin jugak ni..hmm..sume kata best teater ni..

Latest Entry : Why Vampires Suck?

- zuriey - said...

berapa ringgit tue terpulang kepada di mana tempat duduk ko..lagi dkat dgn pentas rasanya lagi mahal. hari2 ada show smpai b4 pose..memang best!!!

bdk bucuk :P said...

Ruginye tak dpt g.. Jeles sungguh. :(

- zuriey - said...

xpe ira..lain kali kita beli sndri tiket tu..g tgok

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.