RSS

Thursday, August 26, 2010

Bonus raya RM500 buat pesara dan kakitangan awam


Berita yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam. Akhirnya tahun ni dapat juga pesara dan kakitangan awam bergred 1 hingga 54 bonus raya. Peruntukan sebanyak RM500 ini akan diberikan bersempena Syawal yang akan datang. Kerajaan ingin mengurangkan beban kakitangan awam dalam membuat persiapan raya.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dapat juga kakitangan kerajaan wang saku lebih nak sambut raya ni. Tapi persoalannya, cukup kah RM500 tue. Kalau yang masih bujang mungkin ini sudah cukup besar bagi mereka. Tapi yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak macam mana pula eh. Apa pun duit RM500 tue kena guna dengan bijak.

Seronok dan jeles sebenarnya aku dengar berita ini. Yelah berapa juta kerajaan labur tuk tanggung bonus untuk kakitangan kerajaan ni. Patutnya kan semua yang bekerja kena dapat lah. Baru adil dan saksama. Tak gitu kan. Kami yang bukan kakitangan kerajaan ni pun bayar juga income tax. Tapi belum pernah merasa pulangan dari kerajaan.Kita kan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan :-)

Kalaulah semua pekerja di Malaysia dapat duit RM500 ni, mahu abis duit kerajaan..hehe. Oklah, aku dah mula nak merapu. Tahniah kepada semua kakitangan kerajaan dan pesara. Jangan joli duit tu untuk perkara yang bukan-bukan pula ye. Ingatlah kat orang yang tak dapat tu...hehe


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.