RSS

Saturday, August 21, 2010

Berita Baik:: Pandu perlahan dapat diskaun



Berita baik buat semua yang ingin pulang ke kampung raya ini. Nak dapat diskaun untuk bayaran tol? Apa yang perlu korang lakukan ialah memandu dengan perlahan. Ertinya memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan dan secara berhemah.

Contohnya, kalau dari Kuala Lumpur ke Melaka, perjalanan mengambil masa selama jam tetapi anda tiba di destinasi belum sampai 2 jam maka anda tidak akan dapat diskaun nanti. Anda perlu tiba dengan ambil masa 2 jam dan ke atas, maka anda akan layak mendapat diskaun tersebut.

Ini merupakan salah satu usaha mengurangkan kemalangan jalan raya semasa raya nanti. Yela setiap tahun kalau tiba waktu musim perayaan memang angka kemalangan naik serta mata.

“Ini adalah perkara yang boleh difikirkan oleh pihak konsesi untuk menggalakkan orang ramai memandu mengikut kelajuan yang sepatutnya dan mungkin diskaun ini kena beri lebih tinggi lagi,” kata Datuk Shaziman Abu Mansor selepas merasmikan Galeri Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (Mufors) di Restoran Jejantas USJ di sini semalam.


Bagi aku, setiap pemandu kena beretika semasa di jalan raya. Kadang-kadang disebabkan mereka yang tidak mematuhi peraturan orang lain pun terbabit juga dalam kemalangan. Kesedaran tinggi dalam setiap pemandu perlu ada. Jadi, sama-sama kita berusaha dalam menangani masalah ini.

Akhir kata, pandu cermat jiwa selamat. Sayangilah orang yang tersayang!!!


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

7 comments:

darkbatman said...

bgs dh klau cmne.. ak bwk slow la pasne.hehe

~ ReD ~ said...

hoho..mcm mana nak tahu had masa?

Berbuka Puasa Bersama Bloggers Di Setiawangsa

AiZ said...

nanti orang hanya bawak slow depan tol jerk.. pastu dah lepas tol terus angkat tayar larik laju2..

- zuriey - said...

darkbatman: pandu cermat jiwa selamat.. nak diskaun nye pasal..kena lah bawa slow..hehhe
~ ReD ~: xtaulah..diorang jela yang tau..

Hamzah Ian said...

tapi gua naik bas.. cisss

zulaikha said...

hoho..best nih.. tak sabar nak tengok nanti.. diorang still bawak laju ke tak..

- zuriey - said...

Hamzah Ian: naik bas tak yah lah fikir tol..hhee
zulaikha: rasa cam sama je.. kita tunggu n lihat

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.