RSS

Thursday, August 19, 2010

Bahan lucah punca masalah zina

Salah satu punca berlakunya zina dah terbukti adalah dengan menonton bahan lucah. 60 peratus berpunca dari situ. Memang faktor terbesar gak ni. Yelah bukan susah pun nak tengok kan video-video lucah ni. Taip je kat google tue confirm keluar. Takpun search je kat youtube tue..Macam-macam ada..Budak sekolah rendah pun tahu dah agaknya.

Inilah akibatnya kalau teknologi disalahgunakan. Ada handfone canggih pergi rakam benda-benda tak senonoh. Pastu nak femes letak pula kat youtube. Nak lagi femes mms kat handfone orang lain. Bila dah tersebar baru tahu malu, baru rasa nak nyesal. Ermm takyahlah..Nasi dah pun jadi bubur.

Pendapat aku memang wajar laman-laman web lucah ini disekat oleh kerajaan. Takde faedah langsung. Menambahkan dosa lagi adalah. Dosa tengok, dosa buat. Ish3 bertimbun dosa kan. Mungkin ini salah satu cara yang sesuai tuk diambil. Mungkin lepas ni kurang sikit masalah zina ni. Memang nak banteras 100 peratus agak sukar. Kita buat apa yang mampu. Lagi satu saling ingat mengingati. Pantau anak-anak kita, jangan pergi serve yang bukan-bukan.


Majalah Solusi ni memang banyak input bagus untuk kita.

Bukan sahaja video, malah majalah2 lucah dari luar negara tue pun rasanya tak perlu lah di edarkan disini. Ada ke eh? Aku tak pernah pula nampak. Tapi rasa cam ada. Lepas ni, yang ada berkaitan pornografi tue kena lah cantas. Termasuk filem 3d pornografi tue,3D Sex and Zen: Extreme Ecstasy. Semua bahan-bahan ni memang buat kita lagha, macam2 yang boleh jadi bila dah kena penangan bahan-bahan ni.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

hazman aka species1980 said...

memang betul.... laman web lucah nie akan buat remaja dan individu... rasa ingin cuba buat perkara2 yang negatif....

- zuriey - said...

hazman aka species1980: memang..benda tak baik semua nak cuba.. benda baik taknak try lak

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.