RSS

Monday, July 26, 2010

Yassin ambil dadah lagi



Semalam dalam berita digemparkan dengan berita seorang pelawak yang ditangkap semula kerana ambil dadah. Tetapi tidak pula diberitahu siapa kah pelawak tersebut. Hanya hint2 sahaja yang diberitahu iaitu seorang pelawak yang pernah menyertai kumpulan pelawak terkenal di Malaysia dan pernah membintangi beberapa filem komedi. Dalam fikiran hanya terlintas 2 nama iaitu Apek atau Yasin. Ternyata tepat juga jangkaan aku.

Sebelum ni Yasin dah pernah kena tangkap atas tuduhan yang sama. Tak serik agaknya. Yelah sebelum ini dia terlepas dari tuduhan berkenaan. Kena bagi hukuman berat baru sedar kot. Nak tahu berita selanjutnya, baca artikel di bawah ini.

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pelawak, Yassin atau nama sebenarnya, Yassin Yahya mengulangi sejarah hitamnya apabila dia ditahan kali keempat kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 1 pagi, seramai 30 pengunjung pusat hiburan tersebut telah diperiksa dan menjalani ujian air kencing.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, hasil ujian saringan awal, tiga daripada mereka ditahan termasuk Yassin kerana disyaki positif mengambil dadah.

"Pemeriksaan awal mendapati Yassin yang merupakan bekas kumpulan Senario positif ganja.

"Dua lagi lelaki yang ditahan ialah seorang pengurus artis dan seorang peniaga yang disyaki positif ketamin," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Khalid, pihaknya akan memohon reman terhadap ketiga-tiga individu tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Yassin, 31, sebelum ini pernah ditahan pada tahun 2001 atas dakwaan memiliki 0.05 gram syabu di sebuah kondominium dekat Jalan Damansara Indah.

Dia yang dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada tahun 2005.

Pada Jun 2002, Yassin sekali lagi dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada dua tuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya dan Akta Dadah Racun 1952.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.