RSS

Thursday, July 8, 2010

Ular..Jangan dekati aku



Baca berita kat kosmo pasal Gadis di temani 100 ular berbisa, tetiba mengingatkan kisah aku bersama ular. Cakap pasal ular ni, ada orang tengok ular pun tak boleh. Bukan kata tengok real, tengok kartun ular pun leh seriau. Macam kak aku, memang lah pantang tengok ular dalam tv tue. Mesti tutup muka dia dengan bantal. Anak-anak dia suka lah nyakat dia. Kesian kak aku kena sakat dengan anak sendiri.

Aku ni takde lah tahap sampai macam kak aku tue. Nak kata berani macam perempuan yang duduk dengan ular tue taklah jugak. AKu seriau bila tengok the real ular depan mata. Tak tahu nak kata pe. Geli agaknya.

Teringat masa sekolah dulu, ada rombongan pergi ke Bukit Merah Laketown Resort. Ada tempat yang ala-ala zoo kat situ. Leh amik gambar dengan haiwan. Masa tue, member-member aku ni semua berani lah nak pergi amik gambar dengan ular. Aku awal-awal memang berlagak berani. Siap suruh member pergi beratur amik gambar. Siap cakap "pergilah amik gambar, bukan selalu pun. Ular je tue" (yeke aku cakap macam ni,lebih kurang la kot)

Bila diorang dah sudah, nak sampai turn aku. Aku apa lagi wat lah macam-macam helah. Berlagak konon dah merasa dah amik gambar dengan ular. Padahal nak sentuh ular tue pun aku tak berani. Memang tak leh la aku. Maunya aku pengsan lepas tu.

Korang pernah tak tengok citer Snake On The Plane. Ini lagi satu citer pasal ular. Memang bestlah citer ni. Penuh dengan ular. MAsa teengok tue aku releks jela. Lepas abis tue, korang nak tau aku tak boleh tidur. Sampai msuk toilet pun rasa ada ular kat situ. Itu yang tidur pun mimpi ular.

Tak taulah da brapa kali aku tidur mimpi ular. Orang kata kalau mimpi kena patuk ular tanda nak kawen dah tue. Tapi aku tak kawen-kawen lagi pun. Rasanya dah lama aku mimpi macam tue. Korang lak camner, ada pengalaman bersama ular ke. Kalau nak ajak pergi zoo boleh je, tapi jangan ajak aku pergi ke tempat ular atau pergi Taman Ular. Awal-awl aku surrender. Kalau tengok gambar ular banyak-banyak memang seriau..Baru aku faham napa kak aku takleh tengok gmbar ular.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Lovely Bella said...

huhu mmg lansung x brani nak tgk or pegang.. yakk!! geli huhuh

~ ReD ~ said...

aku pun hampir jadi mcm kakak kau..huhu.


Latest entry : Pengakuan Terbuka : Aku Curang Pada Kekasihku!

- zuriey - said...

Lovely Bella: memang geli
~ ReD ~: yeker..leh la aku sakat ko nanti

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.