RSS

Tuesday, July 20, 2010

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Bertepatan dengan peribahasa di atas, hari ini telah terbukti yang seorang pengemis juga boleh berjaya seperti orang lain. Memang bertuah sungguh pengemis ini. Tak semua orang dapat peluang macam ni. Pengemis tersebut Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet.



Inilah pengemis yang dimaksudkan itu. Kehidupannya berubah dengan sekelip mata. Memang nampak hensem dia dalam gambar ini. Siapa lah yang amik gambar dia ni kan. Mesti orang yang boleh nampak kebolehan dia ni disebalik mengemis. Itulah kalau Guorong ni apply kerja jadi model awal-awal dulu mesti dah jadi jutawan agaknya dia sekarang.

NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.

Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.

Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.

Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. - Agensi


Dahsat betul penangan dia ni. Smpai pakaian dia masa mengemis pun jadi ikon fesyen. Tapi yela kalau tengok pun baju dia tu taklah nampakkan dia pengemis sangat. Cuba bandingkan dia dengan pengemis di Malaysia ini, memang jauh berbeza. Inilah rezeki namanya. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Tapi lepas ni jangan ada pula yang jadikan pengemis sebagai karier idaman..hehe



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

daisy said...

hu yooo
hensem tu~

jerung darat said...

pengemis bju smpai 3lapis. . .siap de jaket kulit lak tu. . .biar btol. . .

- zuriey - said...

daisy: itulah sebabnya dapat terus jadi model
jerung darat: pengemis peringkat atasan ni.. baju tak koyak pun

Fitrihadi.com said...

perghhhh hebatt gila... nak jadi pengemis ar gini hehehe


- - -
Contest Duit Raya Fitrihadi.com

- zuriey - said...

fitrihadi.com - kalau nak jadi cm dia kena g china la.. pakai gaya cam dia gak..confirm dapat jadi model

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.