RSS

Friday, July 30, 2010

Terperangkap di dalam LRT [Part 1]



Memang sudah tertulis agaknya yang aku akan terperangkap dalam LRT. Dua kali, petang semalam dan pagi ini. Pagi-pagi Jumaat ni kena lah banyak bersabar. Aku rasa LRT 4 koc yang aku naik pagi ini sama dengan semalam. Ada sumthing wrong kot dgn koc tue. Tak tahulah apa masalah teknikal dia.

Kali ini nak cerita kes terperangkap semalam ptang semasa aku nak balik ke rumah. Nanti aku buat sambungan yang terkandas hari ini kat entry lain.Perjalanan aku bermula dari Pasar Seni menuju ke Setiawangsa. Pada mulanya semua nya berjalan lancar sehingga lah tiba di Dang Wangi. Tanda-tanda awal akan terjadinya masalah. LRT berhenti agak lama di situ. Adalah dalam 15 minit. Dalam masa tu lampu dalam LRT tue jap2 terpadam. Semua orang nampak tenang je masa tue. Lepas 15 minit, LRT pun mula bergerak tetapi berhenti secara mengejut.

Api mula terpadam, aircond pun dah tak berfungsi. Aku masa tue dah mula cuak. Nasib baik LRT tue masa ada di platform. Tak lah rasa gelap sgt. Tunggu dalam 5 min, aku tengok orang dah mula keluar. Aku pun apa lagi bergegas keluar, takut aku nak duk dalam tue. Yang paling bernasib baik, ada gak ruang kecil antara pintu LRT dan pintu platform untuk melepaskan kitorang keluar dari situ. Kalau tidak, aku rasa boleh pengsan duduk dalam tue lama-lama.

Lepas dah keluar tue, kena tunggu untuk arahan seterusnya. Kira LRT tue memang problem and tak boleh bergeraklah. Tunggu dalam 10 minit, kemudian mula lah dengar announcement. Yang nak ke Gombak kena amik transit kat Kg Baru atau Damai, manakala yang nak ke Kelana Jaya amik transit kat Pasar Seni atau Kl Sentral. Aku memang blur lah masa tue. Paling dkat dgn Dang Wangi tu transit Kg Baru lah. Pergilah tanya kat orang cmne nak pergi Kg Baru tue. Menapak jauh gaklah aku. Ingat kan dekat je. Dah separuh jalan masa tu teruskan jela.

Lepas tue, smpai kat Kg Baru guard kat situ pula cakap yang kalau nak naik LRT kena tunggu lama lah. Sebab nya sekarang hanya one way sahaja digunakan. Aku dah mula cuak. Berpa lama nak kena tunggu pula. Dah la penat aku menapak dari Dang Wangi ke Kg Baru. Nak naik apa lagi kan masa tue. Dahla aku taktau nak contact siapa minta tolong. Nak naik teksi mahu kena dalam puluh ringgit. Jauh lagi nak smpai rumah. So aku pun decide tunggu jela kat platform tue. Dah takde choice lain. Kalau kat Melaka boleh aku suruh ayah aku dtg amik :-(

Nasib baik tak kena tunggu lama, turun je kat platform dah ada lrt gi Gombak. Alhamdulillah aku memang dah tak larat. Naik LRT dari Kg Baru smpai ke Damai, pastu kena pula tukar LRT lain. Macam-macam hal. Bersyukur aku selamat smpai semalam sebelum gelap. Memang pengalaman tak boleh dilupakan.

P/S: Melepas nak tengok ending Ilusi..


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

4 comments:

Butang Pena said...

ala siannya die...
takpe, sume tu ade hikmahnya...
sabar yek... ;)

n@jwamz said...

mmm....luckily u dear...
x sempat nk malam...
mmg takut la kalu t'perangkap smpai malam...
sengal lrt tu ekk..haha

- zuriey - said...

Butang Pena: tue lah,,sabar banyak2
n@jwamz: 2la..kalau dah gelap takut gak..macam2 leh berlaku

Ginkgo kewl said...

ekhh~~ td sy blogwalking and surfing sikit, then tibe2 nampak cerita ni.. aiyark~ sy pn penah terperangkap gak.. huhu~ tu antara pengalaman LRT yg sy tak lupe gak..
LRT rosak ni beberapa kali jd gak last year...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.