RSS

Friday, July 9, 2010

[Semanis Madu]-Terlalu manjakan suami.



Entri ini sebenarnya khas buat mereka yang sudah berkahwin sebenarnya. Tapi bagi yang belum, tak salah kalau nak tahu. Satu nanti korang pun akan kahwin gaklah. Tajuk tazkirah setiap hari jumaat yang selalu aku buat ni sebenarnya berdasarkan rancangan tv Semanis Kurma. Aku kongsikan sedikit info yang aku dapat dari rancangan tersebut ditambah dengan pendapat aku sendiri.

Berbalik kepada tajuk, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan terlalu manjakan suami ini? Tak salah kalau nak memanjakan suami tetapi ada hadnya. Manja macam mana yang tidak boleh menurut Islam. Ada 2 kategori

1. Manjakan suami sehingga si isteri menjadi hambanya
Ini bermaksud semua hal diuruskan oleh isteri. Isterilah tukang masak, isteri juga tukang basuh baju, isteri juga tukang kemas rumah. Yang si suami tahu hanya mengarah. Anyway isteri bukan dinikahi untuk menjadi orang suruhan kepada suami. Kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh suami sendiri, sepatutnya suami perlu lakukan. Dah kalau tengok si isteri sibuk tengah memasak di dapur, anak pula menangis nak susu. Suami tolonglah si isteri buatkan susu untuk anak. Kena saling bantu membantu

2. Manjakan suami sehingga tanggungjawap suami pun diambil alih oleh isteri
Yang ini memang agak melampau. Selalunya terjadi kepada suami yang merupakan anak tunggal. Contohnya, si isteri bekerja dan kena bayar semua bil kat rumah tapi si suami duk goyang kaki kat rumah.Kes ini memang agk berat. Semalam ada tetamu yang berkongsi cerita mengenai rumah tangga dia. Dia terlalu manja @ sayangkan suami masa sebelum berkahwin sampai sanggup buat loan untuk si suami untuk wang hantaran dan sebagainya. Tetapi akhirnya mereka bercerai dan si isteri yang kena bayar semula loan tersebut. Perhatian kepada wanita yang belum berkahwin di luar sana. Kalau bakal suami korang belum mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, korang kena lah sabar ye. Jangan jadi mangsa keadaan lak nanti.

So, manja macam mana yang dikehendaki dalam Islam. Ada 5-An yang patut diamalkan.
1. Belaian
2. Pelukan
3. Bisikan
4. Sentuhan
5. Pujukan (kalau tak silaplah)

Ingat 5-an ini hanya leh dilakukan oleh pasangan suami isteri. Yang belum kahwin jangan cuba-cuba nak buat k.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Mrs Azhar said...

hmmm... sokong sgt artikel ni.. mmg btl. suami yang baik mesti la tunjukkan tanggungjawab dia sejak sebelum kawin lg.. kalau tak, mcmana nak tanggung anak isteri bila dah kawin..

- zuriey - said...

Mrs Azhar: betul tue..b4 kahwin kita dah tau samda dia leh jadi husband yang camne

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.