RSS

Friday, July 2, 2010

[Semanis Madu]-Angkara Marah



Marah adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap orang. Tipu kata orang tue tak pernah marah. Yang membezakannya adalah cara kita menawal kemarahan tersebut. Selalunya kalau aku marah aku tak tunjukkan. Aku akan simpan dahulu. Lepas dah terkumpul marah aku tue aku akan meletup. Tapi takdelah pergi marah sesiapa. Aku selalu duk toilet atau pergi tempat yang takde orang. Lepas tue mula membebel sorang-sorang. Kadang2 rasa cam tak betul je hehe. Tapi aku rasa itu lah sepatutnya. Bukan apa kalau marah kat seseorang nanti tak ingat dunia. Semuanya akan keluar, takut kecil pula hati orang tue.

Marah ini sebenarnya sifat syaitan. Syaitan suka berkawan dengan orang yang suka marah-marah ini. So macam mana kita nak mengawal dari marah.

1. Kalau terasa nak marah, cepat-cepatlah beristigfar.. Astagfirullahalazim
2. Kalau tak reda gak, pergi ambil wudhuk. Sebabnya kalau marah kita akan rasa berapi-api, hanya air sahaja yang dapat padamkan api kemarahan kita.
3. Kalau ada orang marah kat kita, seeloknya kita berdiam diri. Berdiam tak semestinya mengalah. Cuma kita mengawal diri supaya kita tak jadi marah dan sekaligus dapat hindarkan perbuatan tak diingini seperti bergaduh,bunuh dan sebagainya.

Marah ni ada 2 jenis iaitu yang mahmudah dan mazmumah. Marah mahmudah ialah marah kerana bersebab. Sebagai contoh, ibu bapa yang memarahi anak yang tidak solat. Marah mazmumah adalah marah yang menikut hawa nafsu. Ini adalah marah yang tidak bersebab. Marah ini perlu dielakkan.

Hadis Abu Hurairah r.a:

" Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Kekuatan itu tidak dibuktikan dengan kemenangan bertumbuk. Tetapi orang yang kuat ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah."


Akhir kata, kerana mulut badan binasa. Kawallah marah anda, jangan biarkan ia menguasai diri.




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.