RSS

Tuesday, July 6, 2010

Tamat sudah tugas Dunga sebagai jurulatih Brazil



Hari ini, terpampang kat akhbar pasal bekas pemain dan jurulatih Brazil ini. Malang buat Dunga kerana dipecat sebab Brazil kalah masa berdepan dengan Belanda di peringkat suku akhir. Susah gak jadi coach ni. Pemain yang main tak betul sampai kalah, jurulatih yang kena tempiasnya. Letih jadi jurulatih ini. Dunga, 46, kapten Brazil ketika menjulang Piala Dunia pada 1994, membimbing pasukannya sejak 2006. Tamat sudah peranan Dunga sebagai jurulatih Brazil.

Banyak nama-nama yang disebut-sebut untuk menggantikan Dunga antaranya ialah Luiz Felipe Scolari, Mano Menezes, Muricy Ramalho, Ricardo Gomes dan Leonardo. Antara nama-nama ini, Luiz Felipe Scolari yang dijangka akan menjadi jurulatih Brazil selepas ini.


Luiz Felipe Scolari

Walau siapa pun pengganti Dunga, tugas sebagai jurulatih bukannya mudah. Jurulatih merupakan orang pertama yang akan bertanggungjawap atas kemenangan atau kekalahan pasukan yang mereka bimbing. Dunga telah pun dipecat, lepas ni nasib siapa pula yang akan ikut jejak langkah Dunga? Mungkinkah Diego Maradona? ......

Sumber: Harian Metro


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

Farid MOFASAD said...

capello!!!

syahira ariff said...

fifa penuh kejutan

zackpantai said...

maradona tu tak layak la jadi coach..

- zuriey - said...

syahira ariff: betul tue
zackpantai : yeker..dia berpenglaman pe

- zuriey - said...

Farid MOFASAD: capello??

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.