RSS

Tuesday, July 13, 2010

Spain juara FIFA 2010


Rasanya tak terlambat lagi aku nak wish Congratulation kepada pasukan Spain dan penyokong mereka. Akhirnya berjaya juga Spain menjadi juara FIFA. Buat pertama kalinya, Spain berjaya menjulang piala yang menjadi menjadi idaman setiap pasukan.

Tekaan Paul si sotong kurita nampaknya lebih tepat berbanding si burung Moni(betul ke nama dia ni) dari Singapura yang meramalkan Belanda akan menjuarai FIFA. For the first time aku tengok perlawanan Final FIFA ni. Pergh memang mulanya tak larat nak buka mata aku ni. Yelah kalau dah tidur nak bangun balik memang payah. Tapi oleh kerana aku nak sgt tengok, gah kan juga diri. Dapat gaklah aku tengok gol dari Spain.

Memang fight lah perlawanan Final tue. Sampai 30 min masa tambahan tue. Rasa bosan gak tunggu lama-lama. Ingatkan diorang berakhir dengan penalti, yelah masa Spain gol tue pun tinggal berapa minit nak habis game. Dapat gol saat2 akhir. Kad kuning memang tak terkata lah, memang melambak-lambak. Rasa diorang stress sebab tak dapat gol, tue yang sume main kasar.

Apa pun, FIFA telah melabuhkan tirainya. Tahniah kepada Spain berjaya mendapat piala tersebut. Tak lupa gak kepada pasukan tempat kedua, Belanda dan tempat ketiga Germany. Kita tunggu 4 tahun lagi untuk FIFA seterusnya pada 2014. Lepas ni Brazil akan menjadi tuan rumah. Yeah, rasa tak sabar nak tunggu next FIFA.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.