RSS

Thursday, July 29, 2010

Sheikh Muszaphar confirm kahwin 10.10.10


Rasanya dari tahun lepas lagi Sheikh Muszaphar dah plan nak kahwin pada tarikh tersebut. Yela tarikh cantik tue. Aku yakin memang ramai yang berebut-rebut nak tempah tarikh tu juga. Begitu juga dengan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Datuk Sheikh Mustapha, 38 akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangan beliau Dr Halina Mohd Yunos, 30.

Selain itu juga tarikh tersebut dipilih sempena ulang tahun ketiga detik Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007. Kira nanti boleh celebrate 2 event dalam satu majlis. Lagi meriah dan boleh jimat kos.

Tema ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’ yang dipilih nanti untuk majlis resepsi mereka. Wah, ala-ala zaman dulu kala. Mesti gempak abis nanti wedding diorang. Leh jadi wedding of the year. Kita tengok wedding sapa paling gempak. Boleh ke kalahkan Serina anak Dato Chef Wan tue..

Semoga majlis perkahwinan mereka ini akan berjalan lancar dan ikatan suami isteri tu akan kekal hingga ke akhir hayat. Jangan putus di tengah jalan. Yela duit melabur banyak-banyak tapi perkahwinan tak mampu bertahan lama, membazir namanya tue. Biar majlis sederhana yang penting keberkatan buat majlis tersebut.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Lovely Bella said...

huhu sedeh laa.. aku patut kawen time tuh.. tp ape nak buat dah x de jodoh.. isk. iskk

bdk bucuk :P said...

Ye betul tu zuriey. Yg penting keberkatan. This year tak ramai artis kawen kan?? Blh list tak sape kawen thn 2010 ni? hehhehe..

- zuriey - said...

Lovely Bella: yeker? takpela amik 11.11.11 pula
bdk bucuk: ada gak tapi ramai yang tak berapa femes.paling ingat si serina dgn aida (gadis melayu)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.