RSS

Tuesday, July 20, 2010

Salah satu ciri bos perlu berbadan besar


Betul ke nak jadi bos perlu berbadan besar? Berbadan besar macam mana? Adakah seperti Malik Noor atau Bob Kuman? Adakah orang yang berbadan besar peluang lebih besar nak jadi bos berbanding bertubuh kecil? Pelik kan. Tapi kalau kita tengok orang-orang atasan (bos) majoriti yang berbdan besar dan berperut boroi. Kat company aku ni memang dah terbukti, barisan bos kebanyakan memang besar orangnya.

Adakah kerana bos berbadan besar akan menyebabkan anak buah mereka lebih takut dengan mereka? Sebenarnya bukan orang bertubuh kecil ni tak boleh jadi bos. Diorang yang berbadan besar tu dulu asal-asal pun kurus gak. Nak jadi bos bukan berdasarkan characteristic kita tapi berdasarkan pengalaman, pendidikan dan kemampuan kita untuk manage orang bawahan. Orang kurus dan kecil pun boleh jadi bos maa..

Kenapa bos2 semua bersaiz besar dan perut boroi eh? Adakah sebab diorang ni tak aktif yakni hanya duduk memerhati dari tempat duduk mereka. Ke sebab diorang malas. Yelah jadi bos bukan banyak kerja sangat. Bagi kerja kat orang bawahan je. And make sure anak buah diorang buat kerja. Lagi pun bila dah jadi bos, income mesti dah besar. Yela nak makan apa pun dah takde halangan lagi. Cakap je nak makan apa, mesti dapat punya.

Aku rasa kalau aku jadi bos pun, aku still mantain kecil. Yela dah baka kecil comel loteh tu kuat. Aku sekarang ni makan banyak mana pun sama je. Takde efek pun. Jangan sangka orang bdan kecil tak kuat makan tau. Bilalh saat nya aku nak jadi bos tue. Takpelah tak salah berangan kan. Mana tau satu hari nanti termakbul. Masa tue korang minta belanja makan apa pun aku tak kisah..hehhe



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

Aku Memang BeGiNi said...

berbadan kecik macam aku ni mmg ramai yg buli, tak kurang ade yang sayang.hehehe

Fitrihadi.com said...

selalunya bos ni bila dah kaya tak perlu jaga badan..janji ada bini dan ada duit dan cukup.. sebab tu diorang terlebih sihat kot hehehe


- - -
Mcdonald’s GCB Burger Terbaru!!!

hazman aka species1980 said...

Bos berbadan besar sebab diorang dapat banyak peluang makan FREE.... ahaksss

kisahremaja said...

Semoga dipermudahkan untuk jadi BOS suatu hari nanti.... yehaaa

- zuriey - said...

Aku Memang BeGiNi: kecik2 cili padi tau
Fitrihadi.com : yela kot, hati dah senang,,duit dah banyak katakan
hazman aka species1980: a'ahkan.. selalu org nak belanja..yela nak bodek cepat naik pangkat n gaji.
kisahremaja: amin..semoga termakbul..masin mulut awak

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.