RSS

Monday, July 19, 2010

Saham Neraka..Cerekarama TV3


Akim antara barisan pelakon Saham Neraka.

Ingat lagi tak cerita kanak-kanak masa kita kecil dulu. Cerita Anjing dan Bayang-bayang. Inilah cerita yang membawa pengajaran kat kita supaya jangan tamak. Sama macam dalam kisah cerekarama di TV3 yang bertajuk "Saham Neraka". Nak jadi jutawan segera, mula lah rasa tamak halobanya.Last-last habuk pun takde.

Tamak bererti ingin memiliki sesuatu tanpa batasan.Bagi aku, tak salah kalau kita nak tamak tapi kita perlu bijak. Betul tak? Kalau anjing yang menggonggong tulang tue bijak berfikir, dia takkan terlepas tulang tersebut. Akal fikiran yang dikurniakan kepada kita perlu digunakan sebaiknya. Tamak ini bukan hanya fokus kepada tamak harta, kalau kita nak tamak ilmu pun kena bijak dan ikut cara yang betul.

Dalam cerita Saham Neraka, memang sah-sah diorang ni mengejar kemewahan tanpa berfikir akibatnya. Nak cepat sangat jadi jutawan tanpa usaha apa-apa. Mana nak dapat sekarang ini. Ingat senang nak ke nak jadi kaya dan maintain kekayaan tu. Banyak cabaran dan dugaannya. Sekali kita di atas bukan bermakna kita akan berada di sana buat selamanya. Kisah ini sebenarnya mengajar kita erti sebuah kehidupan. Memang sekarang ni, segala-galanya memerlukan wang tetapi wang itu perlu lah di dapati dari sumber yang halal.

Memang tidak di nafikan banyak platform bisness sekarang ni untuk kita buat side income. Kita perlu berhati-hati bila nak join. Kena perlu selidik semuanya tentang perniagaan tersebut sebelum menceburkan diri. Anyway cerita Saham Neraka ini walaupun nampak kelakar tetapi banyak input yang hendak di sampaikan. Bukan kata nak sindir sesiapa, tapi mengingatkan kita jangan terlalu tamak mengejar keduniaan.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Syafrizal said...

pilihlah perniagaan yang beri pahala dunia dan akhirat.. Insya Allah berkat...

Psssttt: HPA kan ada hehe

- zuriey - said...

Syafrizal: betul tu..kena cari yang halal berkat dunia akhirt

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.