RSS

Thursday, July 29, 2010

Qiamat akan berlaku pada tahun 2182



Semua orang tahu bahawa hari qiamat akan berlaku satu hari nanti. Pada masa itu semua amal kita di dunia ni akan dihisab. Persoalannya bila kah akan berlakunya hari qiamat? Jawapannya memang masih menjadi teka teki. Hanya Yang Maha Esa sahaja yang mengetahuinya.

Menurut Kosmo hari ini bartajuk Tamadun manusia musnah 2182? adakah ini merupakan tahun dimana bumi akan dihancurkan. Ini cuma hasil dari penyelidikan para saintis yang mendapati kemungkinan asteroid akan menghentam bumi pada tahun berkenaan.

LONDON - Saintis-saintis memberi amaran bahawa ombak tsunami setinggi beberapa ribu meter mungkin memusnahkan tamadun manusia pada tahun 2182 kesan daripada hentaman sebuah asteroid gergasi, lapor sebuah akhbar semalam.

Kebarangkalian asteroid atau planet kecil yang dinamakan 1999 RQ36 itu menghentam bumi pada tahun berkenaan adalah satu nisbah 500 yang dianggap mungkin boleh berlaku.

Asteroid berdiameter kira-kira 548.6 meter itu yang pertama kali ditemui pada tahun 1999 merupakan sebahagian kumpulan Asteroid Berpotensi Merbahaya (PHA).

Menurut beberapa saintis, sebarang usaha termasuk letupan nuklear, untuk mengubah haluan asteroid itu perlu dilakukan 100 tahun lebih awal dari tarikh pelanggarannya sekiranya bumi ingin diselamatkan


Ramai yang telah membuat jangkaan sebelum ini tentang kehancuran Bumi tetapi semuanya silap. Tapi kalau difikirkan bumi ini memang semakin tua. Banyak kejadian pelik juga telah berlaku. Bencana alam memang tak putus2 berlaku. Mungkin ini merupakan satu petanda kepada kita yang hari akhir zaman akan muncul.




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Miss Izah Mohamed said...

wallahualam

atie said...

hurmmm ape2 pun bersedialah ke hari itu ;)

kiamat itu pasti datang. cepat atau lambat, bila masenye hanya Dia saje yg tahu. sedangkan waktu israk mikhraj pun umur bumi seperti seorang nenek tu ayg berjalan menggunakan tongkat, apatah sekarang ni?
tunggu mase je kot.... neway nice info dear :)

- zuriey - said...

Miss Izah Mohamed: Allah lebih mengetahui
atie: betul tu. bila2 masa saja boleh berlaku

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.