RSS

Monday, July 26, 2010

Promosi diri di tepi jalan


Sebelum ini, ada kes berkenaan pengemis yang mendapat tuah secara tiba-tiba. Dari pengemis dia telah bertukar karier kepada model. Ingat lagi tak pasal kes ini? Kalau tak ingat klik kat SINI. Tetapi hari ini, tuah kepada seorang penganggur pula. Aku respek kat penganggur ni sebab dia berani.

Hari ini di Kosmo berita mengenai penganggur tersebut dimana Tuah penganggur minta kerja di tepi jalan. Itulah sebab nya kenapa aku kata penganggur ini berani. Rasanya dia dah berputus asa cari kerja tak dpt,last-last buat keputusan mempromosikan diri di tepi jalan. Betul lah kata pepatah Arab "Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan berjaya"

Tengok sahaja penganggur ni bersungguh-sungguh nak dapat kan kerja sehingga orang lain boleh nampak akan kesungguhan dia tue. Kalau tak, takkan ada orang nak amik dia bekerja lepas tue. Ni merupakan kata-kata bos baru penganggur tersebut

"Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pada pukul 8 pagi, saya melihat Mark berdiri dalam hujan memegang kayu poster itu untuk meminta pekerjaan.

"Saya berpendapat, jika terdapat seseorang yang sanggup berdiri dalam hujan, dia mesti nekad untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut pandangan saya, dia akan menjadi aset untuk mana-mana syarikat."


Betul tak apa aku cakap. So, kepada sesiapa yang di luar sana yang msih mencari-cari pekerjaan dan memang nak kan kerja leh la try cara Mark Wheeldon,23 tahun (nama pengganggur tue). Itu pun kalau sanggup la. Kalau tak, tunggu jela jawapan dari company yang korang apply kerja tue. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja. Kalau yang dah ada kerja tue, and nak cari kerja lain make sure dpat kan keje lain tue dulu baru berhenti. Takut nanti nyesal pula berhenti and then tak dapat kerja lain.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.