RSS

Tuesday, July 13, 2010

Paul si sotong kurita telah menukar karier


Sotong Paul memang menggegarkan dunia sejak dua menjak ni sebab kejayaannya meramal dengan tepat keputusan untuk 7 perlawanan semasa Piala Dunia. Aku rasa sotong ini memang glamour tul mengalahkan artis. Kat mana-mana semua duk bercerita pasal Paul ni. Nampak sotong je ingat si Paul ni. Inilah penangan seekor sotong.

Oleh kerana kehebatan Paul ni meramal dengan tepat, ada gak yang sanggup nak melabur beribu-ribu untuk membeli si Paul ini. Aku rasa si Paul ni lah sotong termahal di dunia. Yelah, kalau mereka yang suka berjudi dapat si Paul ni mesti jadi hartawan segera. Tak yah keje kuat-kuat, suruh je si Paul ni tilik kan.

Tetapi malangnya si Paul ni akan bersara dari dunia penilikannya. Mesti si kaki judi akan berasa sangat sedih. Si Paul ni hanya buat ramalan untuk FIFA je. Perlawanan lain kena cari haiwan lain lak untuk jadi peramal. Kalau nak tunggu si Paul ni beraksi, tunggu Piala Dunia 2014 nanti. Itu pun kalau si Paul ni panjang umur lah. Tak kena gorang tepung lagi.hehe

Memang lah hangat citer pasal Paul ni. Apa-apa pun jangan terlalu taksub dan percaya akan kelebihan si Paul ni. Khurafat tau. Walaupun tekaan si Paul tu tepat, mungkin ianya hanya kebetulan. Dia cuma seekor sotong yang tidak dikurniakan akal. So, mana leh dia berfikir pasal ni semua kan. Kita yang ada akal ni kena guna sebaiknya.

Sumber: Kosmo Online



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

~ ReD ~ said...

aku kalau dpt sotong ni, aku suh mak aku masak sambal..haha


Latest Entry : Pernahkah dan Tahukah Anda?

- zuriey - said...

~ ReD ~: aku taknak la makan sotong kurita ni.. kalau masak sambal memang sedap tu

cik helena said...

bukan dah matik ke?


hahahaha

- zuriey - said...

cik helena: belum lagi..tengah tunggu masa je tu..hehe

Khairi said...

kat metro ckp lepas ni paul masuk zoo main ngn kanak2.

siap quote lagi kata hati paul mcm gampng hahahhaha.

- zuriey - said...

Khairi: sotong pun ada keje..ni manusia malas nak keje

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.