RSS

Monday, July 5, 2010

Mohd juara Mentor 4


Mohd juara mentor 4

Rasanya semua orang boleh agak akan kemenangan Mohd semalam. Pada mulanya aku jangka Mohd juara, Nani naib juara dan Adi tempat ketiga. Tapi Adi yang mendapat tempat kedua dan Nani pula hanya di tempat ketiga. Rasa Mohd layak menjadi juara semalam. Itu pendapat aku jelah berdasarkan persembahan dia yang hebat.


Adi di tempat kedua

Pada konsert malam semalam, setiap peserta dikehendaki menyampaikan 3 buah lagu. Kira ada 3 round la untuk setiap seorang. 1 lagu baru, 1 lagu duet bersama penyanyi lain dan 1 lagi lagu pilihan masing-masing. Untuk lagu baru tue, 1st time dengar rasa cam biasa je. Kena banyak kali dengar kot baru melekat di hati.


Nani di tempat ketiga

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya ke peringkat akhir kerana semuanya berjaya membawa pulang hadiah. Mohd dan mentor Ziana Zain berjaya membawa pulang RM100 000 ringgit serta trofi, Adi dan mentor Dayang membawa pulang RM30 000 serta trofi manakala Nani dan mentor Azmeer membawa pulang RM10 000 dan trofi. Kira berbaloi siapa yang dapat masuk ke peringkat akhir ini. So, aku harap lepas ni peserta-peserta Mentor ni dapatlah survive kat dalam industri seni ni. Maklumlah kan sekarang ni dah melambak-lambak artis. Siapa yang sabar dan tidak putus asa je yang leh bertahan.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

Zura said...

salam...tumpang bg komen ye...
wow....suke22x...suke ziana zain...mmg minat dr dulu until now...

Lelaki Ini said...

tahniah2!!!!

- zuriey - said...

Zura: tumpangla
Lelaki Ini: tahniah gak

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.