RSS

Thursday, July 15, 2010

Jangan ubah ciptaan tuhan, buruk padahnya


Kredit Gambar : Harian Metro

Semalam baru buat entry yang berkaitan payu dara. Tup-tup hari ini ada lagi cerita yang berkaitan lagi.Hari ini dalam KOSMO mengenai Pemilik payu dara terbesar kini kritikal. Memang besar punya payudara. Apa agaknya keperluan memiliki payu dara sebesar itu? Menurut akhbar berkenaan, pemilik payu dara Sheyla Hershey 28 tahun telah melakukan sebanyak 30 kali pembedahan. Habis duit kat situ je. Akhirnya sendiri yang mendapat padah setelah payu daranya telah mendapat jangkitan.

Ini mungkin salah satu akibat kerana mengubah ciptaan Allah. Dah payu dara memang cantik sesuai dengan bentuk badan, gatal-gatal lak buat operation nak kasi lagi besar. Kalau tgok gambar model ni memang rasa cam tak sepadan je badan dengan payu dara dia. Rasa cam nak terjatuh pun de..hehe

Peringatan kepada kita supaya sentiasa beringat. Syukur dengan setiap apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Antara perkara haram yakni mengubah ciptaan tuhan adalah mencukur bulu kening, buat pembedahan plastik, botox,kikir gigi dan braces. So, kena berhati-hati dalam melakukan sesuatu. Selalu yang cukur kening tue masa nak kawen, nak naikkan seri. Tapi jangan mudah terpengaruh, haram tetap haram.



Sedikit info untuk dikongsikan berkenaan botox, pembedahan plastik dan peraturan umum kecantikan Islam.

Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Manakala susuk tidak dibenarkan sama sekali.

Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.

Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.

Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.

Jika botox itu menggunakan bahan suci sekalipun, ia tetap haram kerana dua ‘illah ( sebab utama) pengharaman masih ada.


Sumber: I Luv Islam


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

~ ReD ~ said...

ngeri siooottt!!! O_O

daisy said...

kalau tenggelam boleh buat pelampung

- zuriey - said...

~ ReD ~ :memang ngeri..rasa nak meletup je tu
daisy : leh ke..ke takleh terapung langsung

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.