RSS

Wednesday, July 7, 2010

Hidangan tengahari dengan menggata lauk


Hanya gambar hiasan..Bukan surau company aku tau

Nak cerita sikit pasal lunch aku hari ini. Hari ini kat company aku ada sediakan Program Sinar Zohor. Anyway program ni merupakan ceramah yang diadakan pada waktu tengahari dari pukul 12.45 sehingga pukul 2. Kena datanglah ke surau sengar ceramah.Aku suka gak ada sinar zohor sebabnya leh jimat duit di samping menambahkan ilmu serta mensucikan hati ini.

Nak dipendekkan cerita memang kebiasaannya penganjur program ini selalunya akan menyediakan makanan tengahari untuk yang hadir lah. Lepas solat zohor, semua dah berpusu-pusu beratur nak ambil makanan. Aku dengan ofismate aku agak ke belakang dari barisan tue. So, terpaksa lah menunggu saat-saat getir itu.

Perut ini dah mula berbunyi tapi giliran masih tak sampai lagi. Cacing dalam perut ini dah menari kepanasan. Akhirnya sampai gak giliran kami. Sampainya di garisan mengambil nasi, dengan nada yang hampa orang di depan berkata "Nasi dah abislah". Alamak macam mana leh habis ni. Aku tengok memang betul nasi dah habis. Tapi lauknya masih ada lagi. Bila diorang tanya kat organizer diorang kata "Nasi on the way". So, aku pun still mengharap nasi akan tiba dalam beberapa minit lagi. Tapi memang jangkaan aku selalu meleset. Nasi tak gak datang. Tak boleh tahan lagi dah ni.

Akhirnya lunch aku hanya menggata ayam yang tinggal tulang, ikan masin dan juga sayur kubis. Sedihnya aku..Nak tak nak makan jela tue. Nak tunggu nasi, tak tau bila sampai. Lepas abis mengata lauk tue baru nasi sampai. Putus dah selera nak amik nasi. Lagipun lauk dah abis. Ramai gak yang tak dapat makan nasi termasuk AJK organizer. First time datang ke majlis orang lepas tue tak mendapat makanan sepatutnya. Diorang yang jadi organizer pun malu gaklah. Tersilap budget agaknya.


Kalau dapat sup tulang boleh tahan lagi, ini dapat tulang ayam je..

Aku dgan ofismate memang takleh tahan lah kalau tak makan nasi. Then kitorang pun decide pergilah ke kedai makan untuk isi perut ini. Memang aku tak dapat lupakan lah peristiwa ini. Peristiwa lunch dengan menggata lauk sahaja. Nasib baik diorang bagi tudung sebagai souviner, takdelah aku berkira sgt..hehehe



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.