RSS

Friday, July 16, 2010

Harga minyak dan gula naik lagi di Malaysia



Akhirnya terjawap sudah segala khabar angin yang aku dengar sebelum ni. Hari tue aku dgr harga minyak akan naik awal bulan Julai. Rupa-rupanya naik hari ini. Erm, bukan sekadar harga minyak tapi harga gula pun naik sekali. Ptutlah ada krisis gula sebelum ni. Diorang dah tau agaknya harga gula nak naik. Itu yang nak sorok, baru ada untung.

* Minyak / petrol RON95 dan diesel naik 5 sen kepada RM1.85 per liter dan RM1.75 liter respectively
* Gula naik 25 sen kepada RM1.90 sekilo
* LPG naik 10 sen kepada RM1.85 per kg, so kalau anda beli gas memasak yang 10 kg, maknanya ianya naik sebanyak RM1.00 (LPG=petroleum gas cecair or liquid petroleum gas)
* Petrol RON97 tidak lagi diberi subsidi dan ianya akan diapungkan (floating) secara terkawal



Efek naik harga minyak hari ini, mesti lepas ni tambang-tambang bas,teksi dan pengangkutan awam lain mesti naik. Lepas ni minum air teh takyah letak gula, pergi keje naik basikal jela..he3 Abis nak kurangkan kos perbelanjaan, ini tak termasuk lagi belanja makan dan sewa rumah.

Tiap-tiap tahun ada je barang yang naik, tapi gajinya naik ciput je. Mana nak tahan camni kan. Tambah-tambah tak lama lagi nak puasa, mesti nak banyak pakai duit.Kesian kat rakyat, tercekik rasanya.

Apa pun moto 1Malaysia rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan perlu direalisasi. Bagi mereka yang berpendapatan tinggi mungkin tak rasa sangat bila terdapat kenaikan camni. Yang kerja-kerja kuli dan berpendapatan rendah cam aku inilah yang terasa seksanya. Sama-samalah kita bantu membantu.

Sumber: Kak Ina KL


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Fontonk said...

yeay naik lagi

- zuriey - said...

Fontonk: tue la kijonya..asik nek je

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.