RSS

Friday, July 16, 2010

First anniversary at the workplace


Aku masih ingat lagi tanggal 16.7.2009 aku bermula menjejakkan kaki di tempat kerja ini. Pejam celik pejam celik dah setahun aku berkerja di sini. Banyak yang aku pelajari di sini. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Satu tahun aku mengadap kerja yang sama. Takpelah meningkatkan mutu dalam kerja tersebut. Kualiti tu penting tau.

Nak kongsi pengalaman aku masa mula-mula masuk kat sini. Nak tau aku kerja kat mana? Tak yahlah tau, segan lah kerja jadi kuli je pun. Tunggu aku jadi "The Big Boss" (walaupun aku ni taklah big) nanti k. Masa first day nak daftar masuk, bukan main excited lagi. Kul 6 pagi lagi aku dah bangun. Masa ni aku duk menumpang kat rumah member kat Bandar Tasik Selatan. Agak jauhlah. Lagipun tak tau nak budget masa tue, terpaksalah bangun awal2.

Bersiap cantik-cantik tu, siap pakai heel. Bagai nak rak bersiap macam nak pergi mana. Pergi kerja naik komuter je masa tue. Tak dapat tahan sakit kaki aku pakai heel masa tue. Bukan dekat dari komuter ke ofis. Boleh tahan nak kena menapak dia tue. Memang insaf aku taknak pakai heel lagi pergi kerja. Melecet kaki aku di buatnya.

Biasa kat tempat baru, awal2 masih lagi susah nak adapt dengan keadaan sekeliling. Amik masa gaklah. Aku memang camtu. Kalau kenal dengan orang baru-baru may be agak pendiam, dah lama sikit baru kecoh.



Ingat lagi aku kena buli masa awl2 kat tempat kerja ni. Aku ni blur la kan baru masuk kerja. Ikut je orang, orang kata tunggu aku tunggu, orang suruh buat ni aku pun buat. Ala macam budak baru belajar. Aku pernah ditinggalkan keseorangan semasa lunch hour oleh seseorang. Dia suruh aku tunggu, takut ada apa2 yang kena buat masa tue. Aku pun ingat benda tu urgent ke apa, aku pun tunggu jela. Padahal orang lain sibuk pergi makan. Last-last ada ofismate lain suruh budak tu kol aku panggil nak pergi makan. Cian aku masa tue. Lain kali takde lah aku terpedaya dengan budak tue lagi.

Alhamdulillah selama setahun ni aku dah boleh mengadaptasikan diri dengan ofismate aku semua. Dah leh tahun perangai sorang-sorang. Ada yang suka membodek, ada yang suka amik cuti, macam-macam karenah lah. Tak lama lagi ada sorang budak akan diletak bawah aku. Kena ajar dia buat kerja yang aku buat selama ni. Tak taulah camne nanti. Bukan pe dengar banyak benda tak baik pasal budak ni. Hope dapat handle la nanti.

Apa yang aku harapkan, aku dapat menabur bakti di dalam company ni. Bunyi bukan main lagi kan. Kira nya dapatlah meningkatkan lagi skil aku dan kalau boleh masa aku tinggalkan company ni nanti ada lah yang ingat jasa baik aku. Semoga company aku akan terus untung dan untung. Nanti leh dapat banyak bonus walaupun payah nak naik pangkat..hehe3..Selamat maju jaya untuk aku dan korang semua.

Happy First Anniversary To Me....


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

daisy said...

all the best for you dear~

Sharinginfoz said...

cepat aja masa berlalu kan.....

zackpantai said...

pengalaman kerja, 1st day mesti awal tak ingat.

- zuriey - said...

daisy: tq..
Sharinginfoz: itulah..memang cepat masa berlalu
zackpantai: 1st day la yang selalu org ingat

tangan tuan punya blog said...

nice blog
i follow u
do visit mine too..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.