RSS

Thursday, July 29, 2010

Epilog Syurga Cinta TV3


Hari ini merupakan last episode untuk drama di slot Akasia, Ilusi. Mari tengok sama-sama apa kesudahan cerita ini. Bermula 2 Ogos drama terbaru Epilog Syurga Cinta akan menggantikan Ilusi. So, sepanjang bulan puasa boleh layan drama ni. Tapi jangan asyik sgt sampai tak prepare nak berbuka nanti.



Ingat lagi tak drama meletop sebelum ni, Adamaya? Adamaya ni kan drama yang di adaptasi dari filem I'm Not Single. Sama gak seperti drama Epilog Syurga Cinta ini pun di adaptasi dari filem Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari, Heliza dan Haziq.

Kali ini drama Epilog Syurga Cinta di barisi pelakon hebat seperti Zizan Nin, Fida dan adik Mia Sara. Siapa yang geram nak tengok adik Mia Sara ini berlakon, tengoklah drama ni. Aku pun tak sabar gak nak tengok telatah comel adik Mia sara ni.

Kepada yang dah tengok filem Syurga Cinta rasanya dah tahulah jalan ceritanya kan. Lebih kurang je jalan cerita dia. Yang belum tengok, sini ada sinopsis berkenaan filem Syurga Cinta.

Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya.

Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

5 comments:

akuvision said...

suka lakonan fiza ( betul ke nama dia? ) dalam drama cinta sejadah

kak ina kl said...

hem..tak habis lagi lagi..tadi akak tenguk cam ada sambungan lagilah.

fndrocka said...

macam best jer crita ni...kencang betul rezeki mia sara tu yer...filem nur kasih pun dia berlakon gak.

J.M.R said...

dah abesk e ILUSI? ala..tak smpt nk tgk td..syurga cinta tu cam best..ritu tserempk ngn zizan&amani kat wangsawalk, ngh shooting..

- zuriey - said...

akuvision: rasa nama dia fida..
kak ina kl: ilusi ke? ada part2 nanti kot
fndrocka: yeker..wah kecik2 dah pandai cari duit
J.M.R: saya pun tak tengok gak huhu..diorang shooting kat sana? melepas nak tgk live

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.