RSS

Thursday, July 15, 2010

Duyung Aridinata


Slot lagenda yang terbaru di tv3 iaitu Duyung Aridinata menggantikan Sumpahan Orang Minyak. First time tengok dia nya promo iklan kat tv3 nampak macam best. Yelah kehidupan di dalam laut. Permandangan yang cantik di dalam laut menarik perhatian aku.

Memang aku menantikan siri pertama drama ni. Punyalah excited kan. Tapi semuanya hampa belaka. Bukan apa, aku tak suka lah penggunaan bahasa yang terlalu klasik dan berserabut digunakan dalam cerita ini. Tak tercapai akalku nak memahami bahasa diorang.

Mula-mula aku try adapt dan faham lah penggunaan ganti nama yang diorang guna. Tapi memang tak boleh lah nak tangkap. Last-last sekali aku naik bosan dan terus tukar channel yang lain. Frasa-frasa ayat yang diorang gunakan tue terlalu panjang. Padahal boleh di simple kan. Nama-nama diorang guna untuk watak tu pun semacam je bunyinya, panjang berjela.

Lagi satu kisah di dalam laut tu tak nampak real la gambaran dia. Cuba bayangkan seekor duyung berdiri. Macam kelakar je. Dah la dia punya gambar nampak kabur je. Yela nak tunjukkan berada di dasar lautan. Menyakitkan mata aku. Rasa tak puas tengok gambar yang kelam dan kabur ni. Nak tau citer ni pasal pe sebenarnya. Jom layan sinopsis dia.

Sinopsis
Kisah bermula dengan Raja Singrattdinanta yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata, enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair.Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong, berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair. Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.

Barisan Pelakon: Zack X-Factor (Putera Aridinata) Natasha Hudson (Puteri Antartinka) dan Fasha Sandha (Cleo). Pelakon lain adalah Tony Eusoff, Rozie Rashid, Maria Farida, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff dan Zain Saidin.




Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

3 comments:

bdk bucuk :P said...

Betul la zuri serabut dgr ayat dia. 'Insang mata, insang hati, insang jiwa'. Yg best tgk zack tu berenang je. Pemandangan laut yg cantik. Tp bkn laut buatan diaorg dlm studio tu. Yg tu rasa rimas je tgk.

taufiq helios said...

giler arh...cite ni totally tak best.klise pulak tuh....kalu iye pon buat la mcm nmpak real..nih sah2 nampak pakai sarung kat kaki duyung tuh sbb nampak bentuk tapak kaki..haha..duyung moden semakin berevolusi nk jadik manusia dah kot ^^

- zuriey - said...

bdk bucuk :P : tule..yang dalam studio menyakitkan mata
taufiq helios: duyung moden eh,,hehe..mantok tgk citer ni

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.