RSS

Friday, July 2, 2010

Dijangka banyak pusat tuisyen akan ditutup



Ekoran pemansuhan UPSR dan PMR akan memberi kesan kepada pengusaha pusat tuisyen. Mereka perlu ambil inisiatif lain untuk jana pendapatan lepas ni. Yelah, dah UPSR dan PMR nak mansuh, nak ajar siapa lagi kan. Yang ada pun tinggal student SPM jela. Confirm diorang akan rugi nanti. Cikgu-cikgu pun terbabit sama lah. Takleh lah nak wat side income dengan tuition. Cikgu pun tak yah dah nak datang sekolah buat kelas tambahan lagi. Takyah sengkang mata nak tanda kertas jawapan murid.

Isu pemansuhan UPSR dengan PMR ni rasanya dah lama dirancang. Berdasarkan berita hari ini di Kosmo, tahun ni juga akan diputuskan tentang keputusan pemansuhan UPSR dan PMR. Rasanya kerajaan dah ada perancangan bila UPSR dan PMR dimansuhkan. Lepas ni, seseorang pelajar bukan sahaja dinilai melalui akademik malah juga berdasarkan penglibatan mereka dalam sukan dan ko-kurikulum. Nasib baik masa zaman aku dulu lebih pada akademik. Kalau tak, abis aku. Nak harapkan sukan memang takde sukan yang aku terlibat. Kaki bangku katakan.

So, berbalik pada tajuk ini merupakan kesan bila UPSR dan PMR tiada nanti. Lagi satu, guru-guru untuk student SPM kena lah tahu semua ilmu dari darjah 1 sampai tingkatan 5. Kalau dulu, guru ngajar student SPM hanya perlu fokus pada sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5 sahaja. Sekarang ni kena lebih meluaslah. Kena kuasai 11 tahun punya sukatan pelajaran.

Kalau tahun depan dah start takde PMR, orang paling suka ialah adik aku. Dia tue dah memang malas belajar. Tambah takde exam besar camtu lagi lah. Buku kemana dia kemana. Lagi gembira dia. Ish, ngumpat lak pasal adik sendiri. Oklah apa pun tunggula keputusan seterusnya dari kerajaan.


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

~ ReD ~ said...

ala..x jadi la kau nk keje as cikgu..

- zuriey - said...

bila lak aku nk jadi cikgu ni..payah jdi cikgu sekarang ni..kena banyak sabau

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.