RSS

Thursday, July 22, 2010

Berhati-hati dengan status Facebook dan Twitter anda



Sekarang ni semua dah mabuk facebook. Apa sahaja aktiviti mesti dilapor dan dikongsikan bersama-sama teman yang lain. Macam-macam status kadang-kadang tu kan. Nak buang air pun bagi tau gak. Bukan tak boleh nak buat status tue, tapi tak semua status sesuai untuk dikongsikan. Kita jangan fikir terlalu cetek, kerana di dunia serba canggih ini macam-macam yang boleh berlaku.

Sebagai contoh status yang tak berapa sesuai seperti "Nak pergi bercuti hujung minggu ni bersama famili". Kita memang seronokkan nak kongsi cerita ni dengan member. Tapi secara tidak langsung telah memberi peluang kepada mereka yang suka mengambil kesempatan. Siapa lagi kalau bukan pencuri, penyamun dan sebagainya.

Walaupun cara nak mencuri tue sama, tapi informasi ini memudahkan aktiviti diorang. Pencuri-pencuri ini digelar pencuri profesional. Hari ini dah terbukti di dalam akhbar, "Twitter, Facebook bantu pencuri".

Kajian More Than menunjukkan, 68 peratus pencuri mengaku mengumpul maklumat mengenai rumah sasaran dan rutin penghuninya sebelum bertindak.

Sebanyak 12 peratus bekas penjenayah pula berkata, mereka sering menggunakan rangkaian laman web sosial untuk membuat penyelidikan


So, melalui hari ini kena bijak menilai status anda sendiri. Kalau boleh informasi terperinci berkenaan dengan diri anda jangan didedahkan seperti alamat rumah. Ramai pencuri celik IT sekarang ni. Lagipun member-member kita tue bukan semua kita kenalkan. Berhati-hati la ye.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

Syafrizal said...

Ya memang kena berhati-hati kerana akan merana di kelak hari

- zuriey - said...

betul3

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.