RSS

Thursday, July 1, 2010

Baru lepas lagenda budak setan, sekarang OMBAK RINDU pula



Aku rasa sekarang ni pattern me'movie'kan novel rasanya. Baru sahaja Lagenda Budak Setan di tayangkan dipawagam, lepas ni ada lagi movie yang berorientasikan novel. Novelnya bertajuk OMBAK RINDU. Anyway aku memang suka baca novel ni. Memang rasa macam aku lak heroin bila baca novel ni.Memang touching betul hingga ke menusuk ke kalbu. (wah ayat, leh jadi novelis lak lepas ni..he3)



Aku tak berapa baca sangat novel Lagenda Budak Setan tue. So, takdela rasa nak layan sangat filem dia. Tapi feedback dari kawan-kawan aku yang tengok cerita tue, diorang kata tak sehebat novelnya. Macam mana la pula kan dengan filem Ombak Rindu tu nanti. Kepada sesiapa yang tak pernah baca atau dah lupa camne jalan cerita Ombak Rindu tue, sila baca sinopsis di bawah.



Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Nak tahu apa kesudahan dia, korang boleh beli novel ni kat kedai-kedai buku atau nantikan kemunculan filemnya nanti. Antara pelakon dalam filem ni ialah Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani. Tak sabar nak tau yang mana lagi best, novel atau filem.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

6 comments:

Ziela~ said...

Huhu...aku pun peminat novel Ombak rindu nie,bila dapat tau je novel nie akan di filem kan aku xnk berharap sgt,nnt kecewa mcm lagenda budak setan..
dorg nie main hentam je buat filem,bkn nya ikut betul2 mcm dlm novel.
btw,bg aku lisa surihani xsesuai membawa watak mila.sgt xsesuai..

sujairi said...

apsala asyik pelakon yg sama je setiap kali nak buat filem.. makinlah membosankan jiwa raga.. ramai lg pelakon hebat2kan.. gara2 nak lariskan jualan tiket jelah agaknya.. aku kuciwa..hahaha

yaTy ♥ said...

owh.. ada ombak rindu plak nnti eh??
jangan tak best mcm LBS sudah lar..
frust giler tengok cite tue..
=)

syahira ariff said...

wahhhh
tak sabar nak tgk
msti box office mcm citer LBS
menghayati betul sis baca novel yer
=]


ENTRI TERBARU : pelakon winter sonata meninggal dunia

Farid MOFASAD said...

haiissssssshhhh!!!!!!


rajin betol!

- zuriey - said...

Ziela~ : itulah memang takleh harap sgt. lisa nak try watak lain kot. asik jadi lembut je
sujairi: rezeki pelakon tue kot. dah pengarah tue taknampak pelakon lain
yaTy ♥: kita tunggu respon org yag tengok nnti, kalau best bru g tengok..hehe
syahira ariff: kalau best memang leh laris filem ni. best novel ni...
Farid MOFASAD: sapa yg rajin tue

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.