RSS

Monday, July 26, 2010

8 bulan



8 bulan? 8 bulan apa tue? lagi 8 bulan aku nak kahwin ke? Oops..Tidak tidak.. Sebenarnya 8 bulan ini dalah drama bersiri terbaru di TV3. Baru je start semalam, jam 10.30 malam. 8 bulan ini mengisahkan tentang perjalanan suami isteri yang hendak menyambut cahaya mata mereka yang pertama selama 8 bulan. Seronok gak tengok drama ni.



Drama 8 bulan ini adalah tajaan HSBC. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Vanidah Imran dan suami, Rashidi Ishak, Norman Hakim, Maizurah Hamzah dan ramai lagi. Nak tahu lebih lanjut mengenai cerita ini? Kenalah tengok tiap hari Ahad jam 10.30malam di TV3.

Sinopsis 8 bulan

Linda seorang yang obsesif-kompulsif, tegas dalam pendiriannya dan tahu apa yang dimahukan. Berbeza sekali dari Faizal.

Faizal seorang yang suka bersahaja. Hobinya mengumpul barangan mainan robot. Namun begitu, mereka pasangan yang memang padan, masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan sendiri.

Bertugas di pejabat yang sama, Linda memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran. Faizal pula, meskipun lebih cenderung kepada perniagaan, hanya bergelar pereka grafik.

Sebagai seorang wanita yang pentingkan kerjaya, Linda tidak mahu menjadi seperti kakaknya, Nisa. Nisa telah berhenti kerja untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada dua orang anaknya.

Seringkali mendengar aduan Nisa tentang anak-anaknya yang sukar dikawal, Linda berterima kasih dia tidak mempunyai cahaya mata. Berlainan pula Faizal, yang memang mendambakan seorang anak.

Kerjaya Linda mencatat satu lagi peningkatan apabila dia diberi peluang untuk menggantikan tempat seorang pengurus kanan yang sarat mengandung, dan akan berhenti kerja tidak lama lagi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Bagaimanapun, kegembiraan Linda tidak berpanjangan bila disahkan mengandung. Ini kerana bos-nya tidak menyukai wanita mengandung bekerja di syarikatnya


Kredit sinopsis to TV3


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

denaihati said...

Aku ingat lah suatu hari nanti denaihati pulak nak sponsor drama pulak heeee

- zuriey - said...

kalau denaihati nak sponsor drama sya nak lah jadi pelakonnya.. jadi pak pacak pun jadila..hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.