RSS

Wednesday, June 23, 2010

UPSR dan PMR akan digantikan dengan ujian khas



Cadangan baru yang akan menggantikan UPSR dan PMR jika dimansuhkan, ujian khas ke sekolah berasrama penuh. Ujian khas ini hanya akan diambil oleh pelajar yang ingin meneruskan pembelajaran mereka di sekolah berasrama penuh. Means takde paksaan lah utk mereka nak amik exam ni. Siapa yang berminat sahaja yang akan amik exam khas ni. Kalau camtu, exam memang perlu ada walaupun UPSR dan PMR dimansuhkan. Kiranya exam stil perlu dibuat walau apa pun keadaannya. Macam-macam, satu hal lak nak buat exam yang lain.

PUTRAJAYA - Satu ujian khas mungkin diwujudkan bagi kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh untuk menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) jika ia dimansuhkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ujian khas tersebut tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh.

"Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar," katanya selepas menerima lawatan anak-anak dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini semalam.

Beliau berkata, ujian khas itu akan diselaraskan dan tidak dilakukan oleh sekolah berasrama penuh.

Katanya, ketika ini begitu ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak mahu memasuki sekolah berasrama penuh dan mahu kekal di sekolah harian.

Beliau berkata, banyak cara boleh digunakan bagi dijadikan mekanisme kelayakan ke sekolah berasrama penuh dan tidak menolak kemungkinan UPSR diubah suai sebagai ujian khas itu.

Ditanya sama ada kedua-dua peperiksaan awam itu akan dimansuh atau salah satu sahaja, Puad berkata, keputusan itu akan bergantung kepada maklum balas masyarakat.

- Bernama


Sumber : KOSMO


Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

2 comments:

JMR said...

kt MEsia ni diorg suka tukar2 format kan..taktao pe motif slalo sgt tukar system...

- zuriey - said...

tu lah.. kita tunggu dan lihat

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.