RSS

Friday, June 25, 2010

[Semanis Madu]- Peluang kedua.



Tazkirah pada Jumaat ini berkenan dengan peluang kedua. Anyway aku bukan ustazah atau pakar motivasi nak beri tazkirah. Ini sekadar perkongsian ilmu dari apa yang aku dapat dan ditambah dengan pendapat aku sendiri. Kalau nak pendapat aku salah atau bercanggah dengan korang, jangan segan untuk menegur. Manusia tak lari dari kesilapan dan harus diberi peluang kedua.

So berbalik kepada tajuk hari ini mengenai peluang kedua. Pernah tak korang memaafkan sesiapa dan memberinya peluang kedua. Kalau pernah memanglah bagus. Bagi yang dah berumah tangga, aku pasti tak sepanjang masa rumah tangga tue aman. Kadang-kadang ada pasang surutnya. Tuhan nak uji sejauh mana kita mampu bertahan. So, kalau ada pasangan yang melakukan kesalahan, jangan ambil mudah dengan meminta cerai.

Sedangkan nabi ampunkan umat ini kan pula kita manusia biasa. Dalam memberi peluang kedua ini, setiap pasangan perlulah ikhlas. Yang salah, kena ikhlas mengakui kesilapan manakala yang terkena tue kenalah ikhlas memaafkan. Ini adalah untuk mengelak supaya yang bersalah itu tidak mengulangi kesilapannya dan yang memaafkan tidak mengungkit semula kesalahan yang dilakukan oleh pesalah. Yang salah tu pula jangan ambil kesempatan bila dimaafi.

Sekali silap masih boleh dimaafi, tapi kalau dah 2,3 kali still buat kesilapan yang sama itu sendiri mau ingat. Aku tau memang kadang-kadang kita sukar untuk memaafkan. Macam pantun ni

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu;
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa yang tahu.

Tapi kita akan rasa nikmatnya jika dapat memaafkan kesalahan orang, Insyaallah. Akhir kata terimalah serangkap pantun ini.

Kalau ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.



Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

9 comments:

shafiq said...

thanks for sharing. ;)


My latest entry : Mari Berenang Di Kolam Setinggi 50 Tingkat

nabilah_2908 said...

yupp...yg memberi lebih mulia dr yg menerima... :)

marilah kita saling bermaaf-maafan.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH

~ ReD ~ said...

aku tgok keadaan laa..hahaha

Aku Memang BeGiNi said...

saya pernah sembang dengan kwn berkenaan dengan memberi dan memohon maaf nih..katakan saya mintak maaf kat awak dr hujung rambut spi hujung kaki, 0-0 eh...kita plak rasa mcm senang nye mintak maaf, aku terluka, marah and terkilan tau, dlm konteks nih..kita msh tak 100% ihklas..orang tu plak happy then wah, dah zero aku dari dosa kat dia..kita plak..cam 50 50...kita plak yg berdosa..emm kalao cakap camni boleh, tunggu dulu spi aku betul2 ihlas maafkan kau, sebab aku takut aku plak yg berdosa sbb tak ihlas.doakan hati aku terbukak untuk maafkan kesilapan kau..layaan..logikkan.memeberi maaf mmg baik, syarat kene ihklas wpun my b ambik masa.tp jgn lama2 belajar lembutkan hati tu untuk cpt2 terima maaf org dan lupakan sengketa..view saya je ni..sekadar bercakap ikut logik akal

- zuriey - said...

shafiq - welcome
nabilah_2908 -betul tu
~ ReD ~ - camtu ker
Aku Memang BeGiNi - memang nk maafkan dgn hati yg ikhlas. takpe kalau amik masa. yng pnting kita jgn berdendam

kak ina kl said...

salam...nasib baik dah boleh...

akak ni kalau org dah buat sekali memang susah nak terima balik..

humaira said...

absolutely agree!!..suka entry ni..:)

Bro Framestone said...

bro la nie dah xsempat nk wat tazkirah tiap2 jumaat...

bz sgt huhhu..

so zuriey la ek ambik tempat bro he..23x

BroFramestone Blog

- zuriey - said...

kak ina kl: saya pun kdang2 camtu. bila fikir2 balik kita ni pun selalu gak silap
humaira: suka ke? tq
Bro Framestone: mana leh amik tmpat bro..tak layak rasanya.. kdang2 miss gak tazkirah jumaat ni

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.