RSS

Wednesday, June 16, 2010

Rejab, Syaaban,....Ramadhan



Cepat betul masa berlalu. Pejam celik2 aku dah pun hampir 24 tahun hidup dimuka bumi ini. Pejam celik2 dah smpai setengah tahun. Pejam celik2 dah pun masuk bulan Rejab. Korang sedar tak ni, yang masa memang berlalu dengan pantas. Masa tak menunggu kita dan kita juga tak boleh kembalikan masa yang dah berlalu.

Tanpa kita perasan, tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma. Rasa macam baru je kita raya, ni dah nak puasa balik. Memang selalu ayat ni dikeluarkan. Jom kita review sikit apa kelebihan bulan Rejab. Bagi bulan Syaaban dan Ramadhan kita akan review di lain entry sebelum kita melangkah ke bulan Syawal.

FADHILAT BULAN REJAB

Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.


Kesimpulan: Banyak kan puasa dan bersedekah pada bulan Rejab ni. Janganlah hanya buat pada bulan Rejab sahaja, kena berterusan melakukan amalan ni. Peristiwa yang paling penting pada bulan Rejab ialah Hari Israk dan Mikraj. Sama-sama meningkatkan amalan kita.

Sumber : HalimIslam

Klik sini untuk memiliki Acer Aspire One secara PERCUMA !!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.